Wednesday, November 14, 2007

26.PENGHARGAAN BUAT KAKCHAH DAN KAK NAH


Tanggal 13/11/2007 satu majlis memperingati dan menghargai kak Chah dan Kak Nah telah diadakan..Terima kasih terutama kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini..sekalung penghargaan buat semua kerana majlis ini berjalan dengan jayanya..Pada 30 tahun yang lalu kak Chah dan Kak Nah telah mula bertugas sebagai tenaga pengajar di tadika KEMAS Kg Pulau Timbul..Hampir kesemua penduduk di Kg ini yang telah menjadi anak Didik beliau..Terlalu banyak jasa Kak Chah dan Kak Nah untuk anak2 Kg Pulau Timbul..Daripada tanpa mengenal apa2 mereka tekun mengajar anak-anak Kg Pulau Timbul tanpa jemu dan tanpa merungut..Segala jasa mereka berdua terlalu besar untuk penduduk Kg Pulau Timbul..Pada majlis ini juga berbagai sumbangan penghargaan yang diberikan oleh penduduk kg untuk mereka berdua..Terima kasih juga diucapkan kepada Tuan Pegawai Kanan Kemas,Tuan Iman Kg Pulau Timbul,Tuan Guru Besar Sek Keb Hakim Teh En Mustafa B Ahmad dan Tim President UMNO Bahagian Kubang Pasu Haji Zaini serta Rosli B Salleh selaku Pengerusi Jkkk Pulau Timbul yang sudi hadir memeriahkan lagi majlis ini..Untuk kakchah dan kaknah,jasa mu terlalu besar untuk dinilai dan dibalas,sehinggakan ke mati belum tentu anak-anak didikmu ini bakal membalas jasa mu..TERIMA KASIH YANG TERAMAT-AMAT ISTIMEWA DARI KAMI SEMUA ANAK-ANAK MURID MU..

30 tahun sudah berlalu,

Segalanya pergi satu-persatu,

salam ingatan dan salam rindu,

buat Kakchah dan Kak nah yang takjemu-jemu memberi ilmu.

Pergi ke mudik,Balik ke muara,

Menangkap ikan untuk santapan diraja,

terima kasih yang tak terhingga,

Sebagai balasan mengajar kami erti dewasa.

Salam sayang buat AISHAH(KAKCHAH)DAN HABIBAH(KAKNAH) atas jasa-jasa anda yang tak pernah jemu mendidik kami supaya menjadi manusia yang berguna..Segala pengorbanan mu itu akan kami hargai dan akan kami teruskan asuhan mu untuk anak bangsa kita kehadapan dan hanya allah yang berhak membalas jasa-jasa mu kakchah dan kaknah

No comments:

KG PULAU TIMBUL

My photo
TUNJJANG,JITRA, KEDAH, Malaysia
KG PULAU TIMBUL TERLETAK DI DAERAH KUBANG PASU YANG BEGITU SINONIM DIMALAYSIA KERANA DI KUBANG PASU LAH TEMPAT PERDANA MENTERI YANG KE EMPAT IAITU TUN MAHATHIR MOHAMMAD DAN SEKARANG DI AMBIL ALIH OLEH TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI, DATO JOHARI BIN BAHAROM.. BERBALIK KEPADA KG PULAU TIMBUL..KG PULAU TIMBUL MEMPUNYAI JUMLAH RUMAH YANG MELEBIHI 135 BUAH RUMAH DAN SETIAP RUMAH MEMPUNYAI BILANGAN MELEBIHI EMPAT ORANG.. DENGAN DILINGKUNGI KAWASAN SUNGAI DAN SAWAH PADI,KG PULAU TIMBUL TIDAK TERLEPAS DARI ARUS PEMODENAN YANG DIBAWA OLEH KEPIMPINAN DATO SERi NAJIB TUN ABD RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA KINI..DI KG INI SEGALA KEMUDAHAN DISEDIAKAN OLEH PIHAK KERAJAAN SEPERTI MASJID,DEWAN ORANG RAMAI,SEK KEBANGSAAN HAKIM TEH,KLINIK KESIHATAN DAN BERMACAM LAGI..HAMPIR 70% PENDUDUK KG PULAU TIMBUL TERLIBAT DALAM PERTANIAN YANG BERASAKAN SAWAH PADI..DALAM BLOG KG PULAU TIMBUL INI ADA PELBAGAI CERITA TENTANG KG PULAU TIMBUL.. MOGA DENGAN ADANYA BLOG INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA PENGGUNA DAN JUGAK ANAK@ KG PULAU TIMBUL

"Demi masa, sesungguhnya manusia di dlm kerugian.."


I made this widget at MyFlashFetish.com.