Friday, September 28, 2007

12.PETA KG PULAU TIMBUL




Peta ini menunjukan gambaran Kg Pulau Timbul dari atas..

Saturday, September 22, 2007

10.SAMBUTAN KEMERDEKAAN NEGARA MALAYSIA YG KE 50









Bersempena dengan kemerdekaan MALAYSIA yg Ke 50 Tahun Pegerakan Pemuda UMNO Cawangan Kg Pulau Timbul telah bergotong-royong mengibarkan Jalur Gemilang Di setiap Penjuru Kg Pulau Timbul..Demi menunaikan rasa penuh bertanggungjawab terhadap Negara Malaysia maka kami selaku anak anak merdeka dengan rasa penuh tanggungjawab telah berkerjasama menghiasi Kg Pulau Timbul Dengan Jalur Gemilang..Terima Kasih diucapkan kepada mereka yang bertungkus lumus menyiapkan projek ini terutama Saifulnizam B Mahmud,Izhammusni B Abdul Manaf,Sharipudin B Hamid,Yusnizam B Yaakob(pin),Izham B ZAinol,Mohd Rushidi B Othman dan Ramai lagi..Ribuan terima kasih kepada Kawan kawan semua dan juga kepada En Rosli B Salleh Dan Azizan B Md Sakhok diatas jasa jasa mereka selaku kepimpinan Kg kerana mereka menjalankan tugas dengan gemilang..gambar2 diatas menunjukan antara kreativiti anak anak muda Kg Pulau TImbul menghias Jalur Gemilang...

9.PERTANDINGAN MEMANCING ANJURAN PEGERAKAN PEMUDA UMNO KG PULAU TIMBUL








Bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan yang ke 50,Pegerakan Pemuda dan UMNO Cawangan Kg Pulau Timbul telah mengadakan satu majlis pertandingan memancing dihadapan pintu masuk ke Kg Pulau Timbul..Atas usaha Saudara Mohd Rushidi B Othman selaku Ketua Pemuda Umno Cawangan dan dibantu oleh Saudara SAifulnizam B Mahmud majlis tersebut telah berjalan dengan penuh jayanya..Terima kasih diucapkan kepada En Rosli B Salleh selaku Ketua UMNO Cawangan Bersama En Azizan B Md Sakhok selaku Setiausaha UMNO Cawangan Pulau Timbul kerana telah banyak memberi kerjasama..Dan ribuan terimakasih jugak kepada penyumbang utama Saudara Zainal B Chik NIk daripada Kg Tok Kassim Changloon kerana tanpa beliau majlis tersebut tidak dapat berjalan..terima kasih juga diucapkan kepada semua Penduduk Kg Pulau Timbul sama ada yang terlibat secara langsung atau tak langsung kerana menjayakan majlis tersebut..Terima kasih jugak kepada Ku Iskandar kerana beliau juga memberi sumbangan dan juga sudi hadir untuk memeriahkan majlis tersebut..Antara senarai tetamu yang hadir pada majlis tersebut termasuklah En Mustafa selaku Guru Besar Sek Keb Hakim Teh, En Ismail B Khamis Selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu dan Ahli Jawatan Kuasa Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu..Jutaan terima kasih yang tak terhingga kerana mereka sudi hadir memeriahkan pertandingan ini..Pada Majlis tersebut Saudara Zainal B Chik Nik telah sudi menderma kepada 3orang ibu tunggal yang anak masih bersekolah berupa hemper..Untuk hadiah pada pertandingan tersebut tempat pertama merupakan Sebuah Tv 14inci,Tempat kedua merupakan sebuah DVD Player dan Tempat Ketiga merupakan Sebuah Kipas Angin manakala Tempat Kempat hingga Kesembilan merupakan Hemper makanan..Sekalung Tahniah dan syabas untuk pegerakkan Pemuda UMNO Cawangan

Friday, September 21, 2007

8.SUKANEKA ANJURAN PEGERAKAN PUTERI UMNO CAWANGAN SEMPENA PERASMIAN GDW PADA 18/02/2007







Sempena perasmian Gerakan Daya Wawasan Puteri UMNO diatas kepinpinan Pn Yusmaliza Yusof telah mengadakan sukaneka untuk Penduduk Kg Pulau Timbul bagi menyemarakan lagi majlis perasmian tersebut..Sekalung tahniah untuk Pegerakan Puteri UMNO Cawangan Kg Pulau Timbul kerana telah menjaya majlis tersebut dengan gemilangnya dan dibantu oleh Pegerakan Pemuda UMNO Cawangan Kg Pulau Timbul yang Di Pimpin Oleh En Rushidi B Othman..Gambar diatas menunjukan aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut



7.PERASMIAN GERAKAN DAYA WAWASAN KG PULAU TIMBUL PADA 18 /02/2007 OLEH YB DATO KHALIDAH ADIBA AYUB


YB Dato Khalidah Adibah Ayub bersama Pegawai
KEMAS dan juga JKK Kg Pulau Timbul






Pada 18/02/2007..Kg Pulau Timbul atas usaha En Rosli B Salleh selaku Pengerusi JKK telah berjaya mendapatkan Gerakan Daya Wawasan untuk Kg Pulau Timbul..Gambar2 diatas menunjukkan aktiviti semasa perasmian Gerakan Daya WAwasan yang berlangsung pada petang 18/02/2007 yang lepas.. Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada Saudara Zulkifli @ Mohd Ros selaku Ketua Pemuda Bahagian..Ketua Puteri Bahagian..Pegawai KEMAS dan Juga YB Dato Khalidah Adibah Ayob kerana sudi hadir bagi merasmikan majlis tersebut







Tuesday, September 18, 2007

5.BANJIR BESAR DALAM SEJARAH KG PULAU TIMBUL PADA 18/12/2005










Pada 18/12/2005 Kg Pulau Timbul telah mengalami banjir yang amat dashat dalam sejarah Kg Pulau Timbul...boleh dikatankan Hampir 90% Kg Pulau Timbul telah ditenggelami air yang amat besar..Selama 2minggu penduduk Kg terpaksa meredah air banjir..Dan pada tarikh tersebut boleh dikatankan Negeri Kedah telah ditenggelami air hampir sepenuhnya..mengikut berita yang tersebar..punca utama banjir tersebut berpunca daripada beberapa empangan yang melimpah dan air banjir yang masuk dari siam kerana pada tarikh tersebut selatan Thailand jugak mengalami banjir besar..Selama hampir 14 hari penduduk Kg Pulau Timbul berada dalam banjir..Semasa Banjir besar tersebut berlaku,terlalu banyak kesusahan yang perlu dihadapi dan dilalui oleh penduduk Kg Pulau Timbul..Dari soal kesusahan mendapatkan makanan dan juga kesulitan untuk begerak kerana sesetengah kawasan di Kg Pulau Timbul air banjir mencecah keparas kepala..Walaupun Pihak Berkuasa Tempatan menyediakan pusat pemindahan yang mana disediakan juga makan dan minum tetapi hakikat yang harus diterima bahawa kebanyakkan penduduk Kg Pulau Timbul tidak ramai mahu meningalkan rumah masing2 kerana khuatiri rumah dimasukki pencuri ..atas pengalaman pada banjir yang pernah melanda dulu pada tahun 80an,kebanyakkan Penduduk Kg Pulau Timbul berpindah ke pusat banjir tetapi ada manusia yang tak bertanggunjawab mengambil kesempatan terhadap banjir yang melanda dengan memecah masuk rumah yang ditinggalkan oleh penduduk..jadi pada banjir kali ini penduduk Kg Pulau Timbul atas kebijaksanaan Saudara Rosli B Salleh selaku pengerusi JKKK telah bersama penduduk Kg Pulau Timbul menubuhkan satu pasukan untuk mengawal keadaan Kg pada malam hari..Hasil kawalan para penduduk Kg Pulau Timbul telah berjaya mematahkan satu percubaan untuk memecah masuk rumah saudara Azizan Md Sakhok..dan sepanjang banjir tersebut hanya satu kejadian sahaja yang berlaku...Gambar-gambar diatas mengambarkan kejadian banjirbesar yang berlaku di Kg Pulau TImbul

4.ROMBONGAN PELAJAR SEKOLAH KEB HAKIM TEH KG PULAU TIMBUL






















































































Pada 06/09/2007-08/09/2007.. Pihak sekolah Keb Hakim Teh telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur untuk pelajar darjah6 selepas mereka menghadapi UPSR...Lawatan ini adalah hasil usaha daripada JKKK Kg Pulau Timbul yang bekerjasama dengan pihak Sek Keb Hakim Teh telah mendapat sumbangan daripada Dato Mohd Johari Bin Baharom Tim Menteri Keselamatan Dalam Negeri bersama Zulfitri Bin Yaacob Setiausaha Sulit Dato Johari Baharom...Terima Kasih juga diucapkan kepada Saudara Paktam Awang,Azizan Md Sakhok,Fauzi B Jusoh,Yusri dan Azizan B Bakar klerana mereka telah turut sama menjayakan program ini...Untuk maklumat semua Dato Johari Baharom telah memberi sumbangan merupakan penginapan di Kuala Lumpur International Hotel dan makan...

KG PULAU TIMBUL

My photo
TUNJJANG,JITRA, KEDAH, Malaysia
KG PULAU TIMBUL TERLETAK DI DAERAH KUBANG PASU YANG BEGITU SINONIM DIMALAYSIA KERANA DI KUBANG PASU LAH TEMPAT PERDANA MENTERI YANG KE EMPAT IAITU TUN MAHATHIR MOHAMMAD DAN SEKARANG DI AMBIL ALIH OLEH TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI, DATO JOHARI BIN BAHAROM.. BERBALIK KEPADA KG PULAU TIMBUL..KG PULAU TIMBUL MEMPUNYAI JUMLAH RUMAH YANG MELEBIHI 135 BUAH RUMAH DAN SETIAP RUMAH MEMPUNYAI BILANGAN MELEBIHI EMPAT ORANG.. DENGAN DILINGKUNGI KAWASAN SUNGAI DAN SAWAH PADI,KG PULAU TIMBUL TIDAK TERLEPAS DARI ARUS PEMODENAN YANG DIBAWA OLEH KEPIMPINAN DATO SERi NAJIB TUN ABD RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA KINI..DI KG INI SEGALA KEMUDAHAN DISEDIAKAN OLEH PIHAK KERAJAAN SEPERTI MASJID,DEWAN ORANG RAMAI,SEK KEBANGSAAN HAKIM TEH,KLINIK KESIHATAN DAN BERMACAM LAGI..HAMPIR 70% PENDUDUK KG PULAU TIMBUL TERLIBAT DALAM PERTANIAN YANG BERASAKAN SAWAH PADI..DALAM BLOG KG PULAU TIMBUL INI ADA PELBAGAI CERITA TENTANG KG PULAU TIMBUL.. MOGA DENGAN ADANYA BLOG INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA PENGGUNA DAN JUGAK ANAK@ KG PULAU TIMBUL

"Demi masa, sesungguhnya manusia di dlm kerugian.."


I made this widget at MyFlashFetish.com.