Sunday, January 17, 2010

KArnival Sukan Pejabat ADUN Bukit Kayu Hitam Di Pulau Timbul
































Alhamdulilah.. Semalam selesai satu lagi program di Kampung Pulau Timbul dengan jayanya. Program karnival sukan ini dimulai dengan Treasure Hunt,kemudian di ikuti dengan pelbagai acara sukaneka serta beberapa jabatan kerajaan yang membuat khidmat bertemu pelanggan.

Manakala di sebelah petang pula diadakan pertandingan memancing ikan puyu serta pertandingan sepak raga ratus.. Dengan jumlah kehadiran peserta dan penonton yang begitu ramai telah membuktikan program ini telah berjaya..

Malahan ADUN Bukit Kayu Hitam Dato' Haji Ahmad Zaini B Japar juga telah menyampaikan sumbangan peribadi beliau kepada hampir 80 orang penduduk susah di sekitar Kampung ini dan beberapa kg yang berdekatan dalam Zon Tunjang.Malahan Dato Haji Ahmad Zaini sendiri telah merasmikan Karnival ini serta Dato' juga menyertai beberapa acara yg dipertandingkan.

Gambar diatas menceritakan tentang program yang berlangsung semalam..

Thursday, January 7, 2010

Sekitar Majlis Perpisahan Cikgu Maryam dan Majlis Memasak Bubur Asyura Di Sek Keb Hakim Teh











07 January 2010..
Khamis..

Satu majlis Bubur Asyura telah diadakan sekali lagi pada tahun ini di Sek Keb Hakim Teh dengan melibatkan Pihak Sekolah dengan waris serta Penduduk Kampung.

Walaupun Sek Keb Hakim Teh merupakan Sebuah Sek luar Bandar tapi dengan semangat kesepakatan sesama penduduk Kampung dan Pihak Sek Keb Hakim Teh, Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya..

Pada Majlis yang sama turut juga diadakan majlis perpisahan Cikgu Maryam atau lebih dikenali sebagai Kak Yam oleh Penduduk setempat. Setelah hampir 4 tahun berada di sek Keb Hakim Teh Kg Pulau Timbul, Cikgu Mariam telah bertukar ke Sek Keb Tunjang.

Gambar-gambar diatas menceritakan sedikit sebanyak tentang program yang berlangsung.

KG PULAU TIMBUL

My photo
TUNJJANG,JITRA, KEDAH, Malaysia
KG PULAU TIMBUL TERLETAK DI DAERAH KUBANG PASU YANG BEGITU SINONIM DIMALAYSIA KERANA DI KUBANG PASU LAH TEMPAT PERDANA MENTERI YANG KE EMPAT IAITU TUN MAHATHIR MOHAMMAD DAN SEKARANG DI AMBIL ALIH OLEH TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI, DATO JOHARI BIN BAHAROM.. BERBALIK KEPADA KG PULAU TIMBUL..KG PULAU TIMBUL MEMPUNYAI JUMLAH RUMAH YANG MELEBIHI 135 BUAH RUMAH DAN SETIAP RUMAH MEMPUNYAI BILANGAN MELEBIHI EMPAT ORANG.. DENGAN DILINGKUNGI KAWASAN SUNGAI DAN SAWAH PADI,KG PULAU TIMBUL TIDAK TERLEPAS DARI ARUS PEMODENAN YANG DIBAWA OLEH KEPIMPINAN DATO SERi NAJIB TUN ABD RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA KINI..DI KG INI SEGALA KEMUDAHAN DISEDIAKAN OLEH PIHAK KERAJAAN SEPERTI MASJID,DEWAN ORANG RAMAI,SEK KEBANGSAAN HAKIM TEH,KLINIK KESIHATAN DAN BERMACAM LAGI..HAMPIR 70% PENDUDUK KG PULAU TIMBUL TERLIBAT DALAM PERTANIAN YANG BERASAKAN SAWAH PADI..DALAM BLOG KG PULAU TIMBUL INI ADA PELBAGAI CERITA TENTANG KG PULAU TIMBUL.. MOGA DENGAN ADANYA BLOG INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA PENGGUNA DAN JUGAK ANAK@ KG PULAU TIMBUL

"Demi masa, sesungguhnya manusia di dlm kerugian.."


I made this widget at MyFlashFetish.com.