Tuesday, October 13, 2009

Suasana Petang Kat Kg Pulau Timbul










Gambar-gambar nie menceritakan keadaan semasa di Kg Pulau Timbul..Sekarang nie musim membajak..Orang sini cakap "Musim Mengala".

Buat Tatapan anak-anak Kg Pulau Timbul yang kat luar kawasan..

Saturday, October 3, 2009

Saja-saja



Ganbar diatas diambil dihadapan pintu masuk ke Kg Pulau Timbul

Post nie takdak kena mengena ngan apa pun cuma bila ada gambar yang di hantar oleh salah seorang sahabat Kg Pulau Timbul yang bekerja dengan NSTP kat johor maka aku rasa patut masukkan la..

Gambar kat atas ni adalah gambar yang diambil pada petang raya ke4 atau ke 5 yang lalu bersama kawan-kawan kg..

Tima Kasih kepada saudara Amran NSTP atas gambar-gambar ini

Tuesday, September 22, 2009

Jamuan Hari Raya Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Kebangsaan HAkim Teh Kg Pulau Timbul











Buat kali ke6 berturut-turut,Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Kebangsaan HAkim Teh Kg Pulau Timbul telah diadakan pada Raya Kedua..

Walaupun jumlah kehadiran ahli yang hadir amat2 mendukacitakan tetapi program yang dirangcang telah berjalan dengan sempurna..

Tujuan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Kebangsaan Hakim Teh ini ditubuhkan adalah untuk mengumpul dana dalam menyalurkan kepada pembangunan pendidikkan pelajar2 di sekolah Kebangsaan Hakim Teh..

Sebarang cadangan dan komen dari bekas2 pelajar Sek Keb Hakim Teh dalam memantapkan lagi Persatuan ini amat2 diharapkan.Malahan bagi Bekas2 pelajar yang ingin memberi sumbangan juga boleh berhubung dengan saya di kgpulautimbul@yahoo.com bagi memantapkan lagi persatuan ini untuk terus membantu pelajar diSek Keb Hakim Teh yang diketogorikan sebagai Sek luar bandar..

Pada majlis yang berlangsung semalam..Pihak persatuan dan juga pihak Sekolah mengucapkan ribuan terimah Kasih kepada BAng Mat atas sumbangan yang bernilai rm2000 untuk sekolah bagi tujuan pemasangan kipas angin di Sek Kebangsaan Hakim Teh.Malahan pihak Persatuan juga turut menyerahkan sumbangan kepada pelajar2 miskin dan juga kepada pihak sekolah pada majlis tersebut

Saya selaku wakil bagi persatuan Bekas Pelajar Sek Keb Hakim Teh(PBPSKHT) memohon kepada semua bekas pelajar sekolah ini untuk memberi sebarang idea dalam memantapkan lagi persatuan ini dan juga Sembangan.Jasa baik tuan2 emua amat2 lah kami hargai..

Salam Lebaran, Selamat HAri Raya dan Salam Satu MAlaysia

Saturday, September 12, 2009

Selamat HAri Raya



Salam
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Buat Semua Warga Penduduk Kg Pulau Timbul dan Juga Para Rakan2 Pembaca Alam Maya Sekelian.

Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin Buat Semua.

Wednesday, September 2, 2009

Bubur Lambok(Kanji) & Air Halia Masjid Kg Pulau Timbul

Bubur Lambok(kanji)
Air Halia
Kanji untuk diagihkan kepada orang ramai

Proses Memasak Kanji masih menggunakan kaedah tradisional dengan penggunaan kayu api dan kawah besar seperti yang kelihatan didalam gambar

Saturday, August 22, 2009

Pukulan Gendang Kejutkan Sahur




Menjadi kebiasaan bila menjelang nya Ramadhan maka satu tradisi turun temurun bakal dilakukan.Gendang Sahur ini akan dimainkan bermula jam 01.00 Pagi sehingga 2 ke 3 jam bergantung kepada mereka yang berkumpul di tempat gendang tersebut.
Tujuan gendang tersebut di palu adalah kerana untuk mengejutkan penduduk Kg Pulau Timbul dan penduduk Kg Sekitar untuk bangun besahur..
Gendang Sahur ini adalah salah satu tradisi dan keunikkan yang terdapat didalam Kg Pulau Timbul..
Gendang ini akan dimainkan sehingga berakhirnya puasa.

Tuesday, August 18, 2009

Projek Celik It(Sek Keb Hakim Teh Kg Pulau Timbul)











Bertempat di Sek Keb Hakim Teh Kg Pulau Timbul, Telah diadakan satu Kursus Celik It oleh pelajar-pelajar PJJ UUM kepada murid-murid darjah 5 Sek Keb Hakim Teh.
Program tersebut dijalankan dari pagi sehingga ke tengahari yang melibatkan seramai 30 orang pelajar Darjah 5 Sek Keb Hakim Teh,Kg Pulau Timbul..
Di harap dengan adanya kursus seumpama ini mampu memberi manfaat kepada semua pelajar yang menyertai kursus ini. Bagi pihak wakil penduduk Kg. Saya mengucapkan Terima Kasih tak terhingga kepada Pelajar-pelajar PJJ UUM kerana memilih Sek Keb Hakim Teh sebagai tempat untuk mengadakan program Celik It ini.
Jasa baik anda semua dalam memberi ilmu kepada anak-anak Kg Pulau Timbul terutama sekali hanya Allah yang mampu membalasnya

KG PULAU TIMBUL

My photo
TUNJJANG,JITRA, KEDAH, Malaysia
KG PULAU TIMBUL TERLETAK DI DAERAH KUBANG PASU YANG BEGITU SINONIM DIMALAYSIA KERANA DI KUBANG PASU LAH TEMPAT PERDANA MENTERI YANG KE EMPAT IAITU TUN MAHATHIR MOHAMMAD DAN SEKARANG DI AMBIL ALIH OLEH TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI, DATO JOHARI BIN BAHAROM.. BERBALIK KEPADA KG PULAU TIMBUL..KG PULAU TIMBUL MEMPUNYAI JUMLAH RUMAH YANG MELEBIHI 135 BUAH RUMAH DAN SETIAP RUMAH MEMPUNYAI BILANGAN MELEBIHI EMPAT ORANG.. DENGAN DILINGKUNGI KAWASAN SUNGAI DAN SAWAH PADI,KG PULAU TIMBUL TIDAK TERLEPAS DARI ARUS PEMODENAN YANG DIBAWA OLEH KEPIMPINAN DATO SERi NAJIB TUN ABD RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA KINI..DI KG INI SEGALA KEMUDAHAN DISEDIAKAN OLEH PIHAK KERAJAAN SEPERTI MASJID,DEWAN ORANG RAMAI,SEK KEBANGSAAN HAKIM TEH,KLINIK KESIHATAN DAN BERMACAM LAGI..HAMPIR 70% PENDUDUK KG PULAU TIMBUL TERLIBAT DALAM PERTANIAN YANG BERASAKAN SAWAH PADI..DALAM BLOG KG PULAU TIMBUL INI ADA PELBAGAI CERITA TENTANG KG PULAU TIMBUL.. MOGA DENGAN ADANYA BLOG INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA PENGGUNA DAN JUGAK ANAK@ KG PULAU TIMBUL

"Demi masa, sesungguhnya manusia di dlm kerugian.."


I made this widget at MyFlashFetish.com.