Friday, December 28, 2007

29.BANJIR KEMBALI MELANDA KG PULAU TIMBUL


Tanggal 18 hb 12 2007 banjir sekali lagi melanda Kg Pulau Timbul.Bersamaan dengan Tarikh yang melanda pada 2005 iaitu 18/12/2005.Cuma banjir yang berlaku kali ini tidak seteruk yang berlaku seperti 18/12/2005..Dan apa yang pasti banjir kali ini memberi banyak makna kepada penduduk Kg Pulau Timbul kerana Tiada bantuan yang disalurkan kepada para penduduk yang rumah mereka ditenggelami banjir.Dalam kesibukan untuk menghadapi pilihanraya tiada YB yang turun padang untuk menghulurkan bantuan.Apa yang dikecewakan adalah janji daripada SUS Dato' Johari Baharom yang ingin memberikan bantuan tetapi tidak kunjung tiba.Yang ada hanyalah sedikit sumbangan daripada YB Dato' Khalidah Adibah Ayub yang hanya menyampaikan sedikit bekalan kuih raya tetapi tidak ternampak YB Dato' di Kg ini.Amat mendukacitakan apabila penduduk Kg yang tak pernah jemu menyokong tetapi sering diabaikan.Berbalik kepada kejadian banjir pada kali ini..Alhamdulilah kerana banjir pada kali ini tidak seteruk seperti sebelum ini iaitu pada tahun 2005 yang hampir keseluruhan rumah dinaikki air tetapi pada tahun ini hanya sekitar 20 ke 30 buah rumah sahaja yang dimasukki air.

Friday, November 30, 2007

28.KEADAAN SEMASA KG PULAU TIMBUL

9/12/2007 Ahad...Allahdulilah keadaan kg Pulau Timbul sekarang boleh dikatan baik dari segi cuaca dan kemasyarakatan.Selalunya apabila tiba bulan 12 nie boleh dikatakan bulan banjir melanda,Johor,Kelantan dan Pahang telah dilanda banjir besar tetapi tidak di Kedah seperti selalu dan Kg Pulau Timbul sendiri tidak terlepas dari berlakunya banjir besar seperti yang penah terjadi pada bulan 12 tahun 2005 apabila banjir besar melanda.Setakat ini keadaan masih baik dan bagi ahli keluarga penduduk Kg Pulau Timbul yang berada diluar di ingatkan tidak perlulah dibimbangkan.Bagi aktiviti kemasyarakatan pula,Kg Pulau Timbul sekarang dihujani dengan banyak kenduri,kenduri kahwin,kenduri berkhatan dan juga kenduri untuk berangkat ke Mekah.Hari ni 9/12/2007 Ahad satu kenduri telah diadakan di Kg Pulau Timbul di rumah En Mahmud,iaitu kenduri perkahwinan anak perempuan beliau yang bekerja di Kuala Lumpur.Seterusnya pada 16/12/2007 pula satu lagi kenduri perkahwinan akan diadakan di rumah Tuan Hj Mohd Shakaf.Sebarang pertanyaan tentang Kg Pulau Timbul boleh emailkan kepada saya di alamat mahmudsaiful@yahoo.com dan kgpulautimbul@yahoo.com

Monday, November 26, 2007

27.ROMBONGAN KE KUALA LUMPUR


Tanggal 16/11/2007 pegerakan pemuda umno bersama pibg sek keb hakim teh telah menganjurkan satu lawatan ke Kulala Lumpur yang ditaja oleh Dato Mohd Johari B Baharom bersama setiausaha sulitnya En Zulfitri b Yaacob..Rombongan kali ini diketuai Setiausaha UMNO cawangan Kg Pulau Timbul En Azizan B Md Sakhok bersama Saudara Ketua Pemuda Cawangan Pulau Timbul En Mohd Rushidi B Othman dan Guru Besar Sek Keb Hakim Teh En Mustafa B Ahmad..Pada lawatan kali ini Pihak Dato telah menyumbang penginapan dan makan..Penginapan ditaja oleh Dato di KL International Hotel dan makan dibeberapa tempat seperti Restoran Nelayan Taman Tasik Titi Wangsa,Pejabat Tim Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga di Hotel..Ribuan Terima Kasih buat Dato dan juga cikgu zul atas kesudiaan mereka menyumbang untuk lawatan Kg Pulau Timbul sekali lagi..Terima kasih juga diucapkan kepada En Zulkifli b Md Ros selaku ketua pemuda bahagian Kubang Pasu dan Juga Zainal B Chek Nik kerana menyumbang keuwangan untuk Lawatan kali ini..ribuan terima kasih untuk semua keranma menjayakan lawatan kali ini

Wednesday, November 14, 2007

26.PENGHARGAAN BUAT KAKCHAH DAN KAK NAH


Tanggal 13/11/2007 satu majlis memperingati dan menghargai kak Chah dan Kak Nah telah diadakan..Terima kasih terutama kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini..sekalung penghargaan buat semua kerana majlis ini berjalan dengan jayanya..Pada 30 tahun yang lalu kak Chah dan Kak Nah telah mula bertugas sebagai tenaga pengajar di tadika KEMAS Kg Pulau Timbul..Hampir kesemua penduduk di Kg ini yang telah menjadi anak Didik beliau..Terlalu banyak jasa Kak Chah dan Kak Nah untuk anak2 Kg Pulau Timbul..Daripada tanpa mengenal apa2 mereka tekun mengajar anak-anak Kg Pulau Timbul tanpa jemu dan tanpa merungut..Segala jasa mereka berdua terlalu besar untuk penduduk Kg Pulau Timbul..Pada majlis ini juga berbagai sumbangan penghargaan yang diberikan oleh penduduk kg untuk mereka berdua..Terima kasih juga diucapkan kepada Tuan Pegawai Kanan Kemas,Tuan Iman Kg Pulau Timbul,Tuan Guru Besar Sek Keb Hakim Teh En Mustafa B Ahmad dan Tim President UMNO Bahagian Kubang Pasu Haji Zaini serta Rosli B Salleh selaku Pengerusi Jkkk Pulau Timbul yang sudi hadir memeriahkan lagi majlis ini..Untuk kakchah dan kaknah,jasa mu terlalu besar untuk dinilai dan dibalas,sehinggakan ke mati belum tentu anak-anak didikmu ini bakal membalas jasa mu..TERIMA KASIH YANG TERAMAT-AMAT ISTIMEWA DARI KAMI SEMUA ANAK-ANAK MURID MU..

30 tahun sudah berlalu,

Segalanya pergi satu-persatu,

salam ingatan dan salam rindu,

buat Kakchah dan Kak nah yang takjemu-jemu memberi ilmu.

Pergi ke mudik,Balik ke muara,

Menangkap ikan untuk santapan diraja,

terima kasih yang tak terhingga,

Sebagai balasan mengajar kami erti dewasa.

Salam sayang buat AISHAH(KAKCHAH)DAN HABIBAH(KAKNAH) atas jasa-jasa anda yang tak pernah jemu mendidik kami supaya menjadi manusia yang berguna..Segala pengorbanan mu itu akan kami hargai dan akan kami teruskan asuhan mu untuk anak bangsa kita kehadapan dan hanya allah yang berhak membalas jasa-jasa mu kakchah dan kaknah

Thursday, November 8, 2007

24.PENGHARGAAN UNTUK SAUDARA ZAINAL B CHEK NIK

Post ini dibuat semata-mata untuk menghargai sumbangan Saudara Zainal Bin Chek Nik yang telah banyak memberi sumbangan terhadap Pegerakan Pemuda UMNO Cawangan Kg Pulau Timbul..Beliau yang berasal daripada Kg Tok Kassim,Laka,Changloon,Kedah telah banyak membantu Pegerakan Pemuda Kg Pulau Timbul dari banyak segi..Walaupun Saudara Zainal Bin Chek Nik bukan daripada kalangan ahli jawatankuasa Pegerakan Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu Tetapi apa yang dilakukan oleh saudara Zainal Bin Chek Nik terlalu banyak untuk Pegerakan Pemuda UMNO Cawangan Pulau Timbul dan juga anak-anak muda Kg Pulau Timbul..Antara sumbangan Saudara Zainal Bin Chek Nik adalah seperti berikut :-
  1. Menyediakan Hadiah Hampir keseluruhan bagi pertandingan memancing anjuran pegerakan pemuda umno cawangan Kg Pulau Timbul
  2. memberi sumbangan hemper pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran pelajar tua Sek Keb Hakim Teh
  3. Memberi sumbangan untuk rombongan ke Kuala Lumpur
  4. Mengadakan majlis makan untuk Pemuda Zon Tunjang

Beliau juga membuka peluang kepada anak muda Kg Pulau Timbul untuk bekerja dengan beliau dan mengurangkan penganguran di Kg Pulau Timbul dan membuka peluang kepada anak muda Kg Pulau Timbul untuk mendapatkan peluang pekerjaan..Selaku pengarang Blog ini dan juga memerangkap Setiausaha Pegerakan Pemuda UMNO Cawangan Kg Pulau Timbul saya mewakili anak-anak muda Kg Pulau Timbul ini tanpa mengira pangkat atau parti politik mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada saudara Zainal Bin Chek Nik atas jasa-jasa beliau yang teramat-amat banyak dan kami anak2 muda Kg Pulau Timbul bersatu hati akan terus berdiri dibelakang Saudara Zainal Bin Chek Nik...Syabas serta tahniah dan terima kasih yang takterhingga kepada Saudara Zainal Chek Nik(Bang non)

Zainal Bin Chek Nik(Ketua Cawangan)(Naib Ketua Pemuda Cawangan),Kg Tok Kassim,Laka Temin,Changloon,Kedah Darul Aman..

Tuesday, October 30, 2007

23.SEKOLAH KEBANGSAAN HAKIM TEH



Sejarah Sekolah Kebangsaan Hakim Teh

1952 : Diasaskan oleh sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Hashim B Tohak,Pengulu Mukim Jeram
1953 : Bergotong-royong mendirikan banggunan diatas tanah wakaf tapak masjid kampung Pulau Timbul hasil sumbangan orang ramai.Sekolah ini betaraf Sekolah Rakyat :-
  • Bilangan Murid : 70 orang
  • Yuran murid : Rm15.00
  • Gaji Guru : Rm 300.00
  • Tenaga pengajar : 3 orang
  • Guru Besar : Tn Hj Saad B Yahya
  • Guru Penolong : Tn HJ Yaakob B Hassan
  • : Cik Zainab Bt Dahaman

1954 : Bantuan Separuh Kerajaan

  • Gaji guru : Rm51.00-Rm91.00
  • Bilangan murid : 112 orang

1960 : Mendapatkan peruntukan tapak baru seluas 1.6 hektar(tapak sekaran)

1961 : Bantuan Penuh kerajaan

1967 : Binaan Banggunan baru bernilai Rm22.000.00

1970 : Binaan banggunan peruntukkan Rm25,000,00

1978 : binaan bangguna tambahan dengan peruntukan Rm93.000.00

1982 : Tukar nama sekolah kepada Sek Kebangsaan Hakim Teh

1988 : Bina kantin baru dengan peruntukan Rm50.000.00

1998 : Bina satu blok banggunan baru 2 tingkat yang mengandungi bilik darjah,makmal sains,bengkel kemahiran hidup,bilik BOSS dan stor sukan

2002 : Bina Makmal komputer ICT sekolah

SENARAI NAMA GURU BESAR SEK KEB HAKIM TEH

  1. Tuan Haji Saad B Yahya 01/01/1953-30/05/1958
  2. Tn Haji Kasa B Said 02/06/1958-31/12/1960
  3. Tn Haji Yusof B Mohhamad 01/01/1961-30/06/1971
  4. Tn Haji Ismail B Habib 01/07/1971-31/12/1979
  5. Tn Hj Omar B Yahya 01/01/1980-14/03/1982
  6. En Wahab B Yahya 15/03/1982-31/12/1984
  7. En Kassim B Ahmad 01/01/1985-15/12/1987
  8. Tn Hj Ismail B Ibrahim 16/12/1987-15/04/1994
  9. Tn Hj Ahmad B Mat Saman 16/04/1994-15/03/1995
  10. Tn Hj Abu Seman b Latif 16/03/1995-30/11/1997
  11. En Hashim B Manaf 16/02/1998-21/11/1999
  12. En Shuib B Ismail 18/12/1999-02/05/2001
  13. Pn Hjh Sabariah Bt Ahmad 22/05/2001-25/11/2001
  14. Pn Hjh Aishah Bt Nayan 26/11/2001-30/04/2005
  15. Pn Hjh Noriati Bt Ismail 01/05/2005-15/06/2007
  16. En Mustafa B Ahmad 16/07/2007-

Saturday, October 27, 2007

21.SENARAI AHLI JAWATAN KUASA KG PULAU TIMBUL

Tuan Imam..
Hj Othman B Mahmud

Guru Besar Sek Keb Hakim Teh..
En Mustafa

SENARAI AHLI JAWATAN UMNO CAWANGAN KG PULAU TIMBUL BAGI SESI 2004-2007

1.Pengerusi Tetap..
En Samsudin B Hj Yahya
2.Tim Pengerusi Tetap
Hj Md Isa B Jasin..
3.Ketua Cawangan
Allahyarham Othman B Abd Hamid
4.Tim Ketua Cawangan(Pemangku Ketua)
En Rosli Bin Salleh
5.Ketua Pemuda
En Mohd Rushidi B Othman
6.Ketua Puteri
Pn Yusmaliza B Yusuf
7.Ketua Wanita
Pn Hjh Satariah Bt Sulaiman
8.Bendahari
En Saad b Talib
9.Setiausaha
En Azizan B Md Sakhok
10.Ketua Penerangan
En Zahari B Halim
11.Pemeriksa kira-kira
En Fauzi B Hj Othman
En Aziz B Isa
12.Ajk
En Ilyas Bin Ismail
En Wahab B Jusoh
En Nazri B Saad
En Mohd Nor B Lim
En Megat Hassan B Mgt Anom
Pn Hjh Aishsh Bt Hassan
Pn Hjh Halijah Bt Hj Din
Cik Hjh Habibah Bt Ahmad
Pn Uzian Bt Ahmad
Pn Salma Bt Ismail
En Ahmad B Abd Hamid
En Md Shakaf B Hj Umar
En Megat Azahari B Megat Hassan
En Abd Ghaffar B Idris
En Yaakob B Zainol
En Saifulnizam B Hj Mahmud
Pn Zaleha Bt Ishak
Pn Jam Bt Hamid

BARISAN PEMUDA KG PULAU TIMBUL

Pengerusi Tetap Pemuda..
Amirol B Salleh
Tim Pengerusi Tetap..
Shorol B Md Ali
Ketua pemuda..
Mohd Rushidi B Othman
Tim Ketua Pemuda..
Anuar B Md Sakhok
Bendahari..
Suhaimi B Md Ali
Setiausaha Pemuda..
Saifulnizam B Hj Mahmud
Ajk Pemuda
Faisal B Baharom
Shahrul B Yaakob
Nor izaham B Zainol
Izhamusni Abd Manaf
Rosmawadi B Othman
Yusnizam B Yaakob
Abd Ghaffar B Idris

Thursday, October 25, 2007

20.GAMBAR SEKITAR KG PULAU TIMBUL


Gambar diatas menunjukan pesekitaran Kg Pulau Timbul..Sekolah Kebangsaan Hakim Teh,Masjid Lama Kg Pulau Timbul,Masjid Baru Kg Pulau Timbul,Dewan Orang Ramai Kg Pulau Timbul,Kubur Baru Kg Pulau Timbul,Kubur Lama Kg Pulau Timbul(Kubur Tok Keramat),Peti Pos Kg Pulau Timbul Dan Gendang Masjid Kg Pulau Timbul..Kesemua gambar ini disumbangkan oleh En Aziz Bin Saad(G)

19.RUMAH TERBUKA SEKOLAH KEBANGSAAN HAKIM TEH


BErsempena dengan Hari RAya Aidilfitri 2007,Bekas-Bekas murid tua sekolah Kebangsaan Hakim Teh telah mengadakan Jamuan Hari Raya untuk Bekas Pelajar Sekolah Hakim Teh..Terima Kasih Diucapkan kepada En Md Shakaf Omar yang telah banyak bertungkus-lumus untuk menjayakan majlis tersebut..Terima Kasih juga diucapkan kepada En Ahmad B Abdul Hamid,Hj Mahmud B Abdul Hamid,Cik ee,Bang Ya Kassim dan ramai lagi yang terlibat dalam majlis tersebut..Terima Kasih juga diucapkan Kepada semua Ahli Pemuda Kg Pulau Timbul yang diketuai oleh Mohd Rushidi Othman..

Wednesday, October 17, 2007

18.SAMBUTAN HARI RAYA ANAK2 MUDA KG







Gambar ini dirakam selepas menunaikan sembahyang raya di rumah Bekas Ketua Cawangan Allahyarham Othman B Abdul Hamid..Pada 13/10/2007 bersamaan dengan 1 Syawal..Kesemua yang terdapat didalam gambar ini adalah anak-anak muda Kg Pulau Timbul..Selamat Hari Raya buat kawan-kawan yang tidak dapat pulang untuk berhari raya bersama-sama kami..selamat hari raya ampun maaf dipinta..Post ini adalah teristimewa untuk anak-anak muda Kg Pulau Timbul(Udin,Ajis,Abggali,Bangsawan,Mirun,Idan,Aziz@G,Shaperee,Datok Mie,Own Poh,Saifulnizam@Pun,Yo,Ahseng,Dam,Matazim dan Edi Boom)






Wednesday, October 10, 2007

17.MAJLIS HARI RAYA 2007 KG PULAU TIMBUL




Barisan Ahli JawatanKuasa Pemuda Kg Pulau Timbul yang banyak menyumbang dan bertungkus-lumus untuk Kg Pulau Timbul..
(bediri dibelakang Saifulnizam&Shorol,dihadapan dari kiri Mat Azim,Shahrol Yaakob,Aziz@G,Izhamusni@Am Manap,Idan dan Amirol Salleh)

Persiapan sebelum bermulanya majlis..Diketuai oleh saudara saifulnizam bersama Mat Azim Dan Idan

Para penduduk Kg Pulau Timbul yg hadir pada majlis tersebut..









Ucapan Dari Yg Berbahagia Tuan Guru Besar Sek Keb Hakim Teh En Mustafa













Tanggal 14/10/2007 bersamaan dengan 2Syawal,satu majlis hari raya telah diadakan di sekolah Kebangsaan Hakim Teh,atas anjuran Bekas Murid-Murid tua Sek Keb Hakim Teh..Terima kasih diucapkan kepada meraka yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis tersebut..Ribuan Terima Kasih Diucapkan kepada mereka yang memberi Sumbangan terutama En Nor Azlin(Ajk Pemuda Bahagian)En Ismail Cik Saad(Ajk Pemuda Bahagian)dan En Zainal B Chek Nik dari Kg Tok Kasim Changloon kerana mereka semua sudi memberi sumbangan untuk memeriahkan lagi majlis tersebut..Terima kasih jugak diucapkan kepada Cik Eee,BangLee,Pakcik Mat dan ramai lagi kerana mereka bertungkus lumus untuk memastikan majlis ini berjalan dengan lancar..TErima kasih juga diucapkan kepada En Saad Kg Raja kerana beliau sudi membenarkan penggunaan PA System nya untuk majlis tersebut..Terima kasih juga diucapkan kepada Tuan Guru Besar En Mustafa,Bang Mat,Bang Zan,Banglan Selaku JKKK Dan ramai lagi..Semoga Majlis Yg Diadakan setiap tahun ini akan terus dengan jayanya..Mudah-mudahan dengan adanya majlis seperti ini mampu membuatkan masyarakat Kg Pulau Timbul lebih bersatu padu..SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA












Sunday, October 7, 2007

16.BUBUR LAMBOK DAN AIR HALIA MASJID KG PULAU TIMBUL

Pakcik Mat(Ahmad Bin Abdul Hamid) sedang mengacau kanji yang telah siap dimasak

AIR HALIA



Bubur Lambok atau lebih tepat lagi KANJI,yang dipanggil oleh kebanyakkan penduduk Kg Pulau Timbul merupakan masakan yang dilakukan sejak turun temurun oleh masyarakat Kg Pulau Timbul.Bubur Lambok ini hanya dibuat sewaktu Bulan Ramadhan iaitu Bulan Puasa Sahaja..Keistimewaan Kanji ini tidak perlu diungkapkan lagi kerana banyak penduduk Kg2 yang berdekatan datang untuk mengambil bumbur lambok dan Air Halia dari Masjid Kg Pulau Timbul..Antaranya penduduk Kg Jeram,Kg Baru,Kg Raja,Pulau Pisang Dan banyak lagi..Oleh yang demikian bubur lambok ini terlalu istimewa dan sukar untuk ditandingi

Wednesday, October 3, 2007

15.KENANGAN YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN

Al Fatihah untuk bekas Ketua Cawangan Kg Pulau Timbul Allahyarham Othman Bin Abdul Hamid (GAmbar Yang Berbaju Belang Diatas) diatas sumbangan dan jasa-jasa beliau yang terlalu banyak untuk Penduduk Kg Pulau Timbul..Pemergian Beliau pada Bulan Ogos 2004 sehingga kini masih dirasai..Semoga Beliau ditempatkan Dikalangan orang-orang yang beriman.





Gambar-gambar diatas menunjukan Sukaneka yang telah diadakan pada tanggal 26/09/1998 di pekarangan Masjid Kg Pulau Timbul..Ada diantara mereka yang terdapat didalam gambar ini telah tiada..Gambar-gambar ini adalah koleksi En Ilyas b Ismail.. Bersempena Aidilfitri pada tahun ini 2007,sesamala kita menghayati pengorbanan mereka yang terdahulu daripada kita..Bersempena dengan 50 tahun kemerdekaan gambar-gambar ini dipaparkan untuk tatapan para penduduk Kg Pulau TImbul bagi sama-sama kita menghayati perjuangan mereka..Post ini dibuat semata-mata untuk menghayati pengobanan Allahyarham En Othman Bin Abdul Hamid selaku bekas ketua Cawangan UMNO Kg Pulau Timbul..Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...Amin...




Monday, October 1, 2007

13.MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA DATO JOHARI BAHAROM

Ketua Cawangan SAudara Rosli B Salleh Bersama Ajk Cawangan Kg Pulau Timbul Saudara Ilyas Bin Ismail



Pada 29/09/2007 satu majlis berbuka puasa telah diadakan di Bkit Kayu Hitam Bersama Tim Menteri Keselamatan Dalam Negeri Dato Johari Baharom telah diadakan untuk Dun Bukit Kayu Hitam..Gambar-gambar diatas menunjukan aktiviti sebelum majlis tersebut bermula..Cawangan Kg Pulau Timbul diwakili oleh Rosli B Salleh selaku Ketua Cawangan dan En Azizan B Md Sakhok selaku Setiausaha Cawangan,En Ilyass B Ismail selaku Ajk Cawangan dan Beberapa Pemuda Yang Diketuai oleh Saudara Saifulnizam Mahmud selaku Setiausaha Pemuda diikuti oleh Shorol b Md ali,Izhamusni B Abdul Manaf,Sharifudin B Abdul Hamid,Md Azim B Ilyass dan Abang Mad..Pada majlis tersebut Dato Johari telah memberi sumbangan kepada orang yg miskin di setiap Cawangan..Cawangan Pulau Timbul penerimanya adalah Makngah Chah..

KG PULAU TIMBUL

My photo
TUNJJANG,JITRA, KEDAH, Malaysia
KG PULAU TIMBUL TERLETAK DI DAERAH KUBANG PASU YANG BEGITU SINONIM DIMALAYSIA KERANA DI KUBANG PASU LAH TEMPAT PERDANA MENTERI YANG KE EMPAT IAITU TUN MAHATHIR MOHAMMAD DAN SEKARANG DI AMBIL ALIH OLEH TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI, DATO JOHARI BIN BAHAROM.. BERBALIK KEPADA KG PULAU TIMBUL..KG PULAU TIMBUL MEMPUNYAI JUMLAH RUMAH YANG MELEBIHI 135 BUAH RUMAH DAN SETIAP RUMAH MEMPUNYAI BILANGAN MELEBIHI EMPAT ORANG.. DENGAN DILINGKUNGI KAWASAN SUNGAI DAN SAWAH PADI,KG PULAU TIMBUL TIDAK TERLEPAS DARI ARUS PEMODENAN YANG DIBAWA OLEH KEPIMPINAN DATO SERi NAJIB TUN ABD RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA KINI..DI KG INI SEGALA KEMUDAHAN DISEDIAKAN OLEH PIHAK KERAJAAN SEPERTI MASJID,DEWAN ORANG RAMAI,SEK KEBANGSAAN HAKIM TEH,KLINIK KESIHATAN DAN BERMACAM LAGI..HAMPIR 70% PENDUDUK KG PULAU TIMBUL TERLIBAT DALAM PERTANIAN YANG BERASAKAN SAWAH PADI..DALAM BLOG KG PULAU TIMBUL INI ADA PELBAGAI CERITA TENTANG KG PULAU TIMBUL.. MOGA DENGAN ADANYA BLOG INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA PENGGUNA DAN JUGAK ANAK@ KG PULAU TIMBUL

"Demi masa, sesungguhnya manusia di dlm kerugian.."


I made this widget at MyFlashFetish.com.