Friday, November 30, 2007

28.KEADAAN SEMASA KG PULAU TIMBUL

9/12/2007 Ahad...Allahdulilah keadaan kg Pulau Timbul sekarang boleh dikatan baik dari segi cuaca dan kemasyarakatan.Selalunya apabila tiba bulan 12 nie boleh dikatakan bulan banjir melanda,Johor,Kelantan dan Pahang telah dilanda banjir besar tetapi tidak di Kedah seperti selalu dan Kg Pulau Timbul sendiri tidak terlepas dari berlakunya banjir besar seperti yang penah terjadi pada bulan 12 tahun 2005 apabila banjir besar melanda.Setakat ini keadaan masih baik dan bagi ahli keluarga penduduk Kg Pulau Timbul yang berada diluar di ingatkan tidak perlulah dibimbangkan.Bagi aktiviti kemasyarakatan pula,Kg Pulau Timbul sekarang dihujani dengan banyak kenduri,kenduri kahwin,kenduri berkhatan dan juga kenduri untuk berangkat ke Mekah.Hari ni 9/12/2007 Ahad satu kenduri telah diadakan di Kg Pulau Timbul di rumah En Mahmud,iaitu kenduri perkahwinan anak perempuan beliau yang bekerja di Kuala Lumpur.Seterusnya pada 16/12/2007 pula satu lagi kenduri perkahwinan akan diadakan di rumah Tuan Hj Mohd Shakaf.Sebarang pertanyaan tentang Kg Pulau Timbul boleh emailkan kepada saya di alamat mahmudsaiful@yahoo.com dan kgpulautimbul@yahoo.com

No comments:

KG PULAU TIMBUL

My photo
TUNJJANG,JITRA, KEDAH, Malaysia
KG PULAU TIMBUL TERLETAK DI DAERAH KUBANG PASU YANG BEGITU SINONIM DIMALAYSIA KERANA DI KUBANG PASU LAH TEMPAT PERDANA MENTERI YANG KE EMPAT IAITU TUN MAHATHIR MOHAMMAD DAN SEKARANG DI AMBIL ALIH OLEH TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI, DATO JOHARI BIN BAHAROM.. BERBALIK KEPADA KG PULAU TIMBUL..KG PULAU TIMBUL MEMPUNYAI JUMLAH RUMAH YANG MELEBIHI 135 BUAH RUMAH DAN SETIAP RUMAH MEMPUNYAI BILANGAN MELEBIHI EMPAT ORANG.. DENGAN DILINGKUNGI KAWASAN SUNGAI DAN SAWAH PADI,KG PULAU TIMBUL TIDAK TERLEPAS DARI ARUS PEMODENAN YANG DIBAWA OLEH KEPIMPINAN DATO SERi NAJIB TUN ABD RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA KINI..DI KG INI SEGALA KEMUDAHAN DISEDIAKAN OLEH PIHAK KERAJAAN SEPERTI MASJID,DEWAN ORANG RAMAI,SEK KEBANGSAAN HAKIM TEH,KLINIK KESIHATAN DAN BERMACAM LAGI..HAMPIR 70% PENDUDUK KG PULAU TIMBUL TERLIBAT DALAM PERTANIAN YANG BERASAKAN SAWAH PADI..DALAM BLOG KG PULAU TIMBUL INI ADA PELBAGAI CERITA TENTANG KG PULAU TIMBUL.. MOGA DENGAN ADANYA BLOG INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA PENGGUNA DAN JUGAK ANAK@ KG PULAU TIMBUL

"Demi masa, sesungguhnya manusia di dlm kerugian.."


I made this widget at MyFlashFetish.com.