Friday, November 30, 2007

28.KEADAAN SEMASA KG PULAU TIMBUL

9/12/2007 Ahad...Allahdulilah keadaan kg Pulau Timbul sekarang boleh dikatan baik dari segi cuaca dan kemasyarakatan.Selalunya apabila tiba bulan 12 nie boleh dikatakan bulan banjir melanda,Johor,Kelantan dan Pahang telah dilanda banjir besar tetapi tidak di Kedah seperti selalu dan Kg Pulau Timbul sendiri tidak terlepas dari berlakunya banjir besar seperti yang penah terjadi pada bulan 12 tahun 2005 apabila banjir besar melanda.Setakat ini keadaan masih baik dan bagi ahli keluarga penduduk Kg Pulau Timbul yang berada diluar di ingatkan tidak perlulah dibimbangkan.Bagi aktiviti kemasyarakatan pula,Kg Pulau Timbul sekarang dihujani dengan banyak kenduri,kenduri kahwin,kenduri berkhatan dan juga kenduri untuk berangkat ke Mekah.Hari ni 9/12/2007 Ahad satu kenduri telah diadakan di Kg Pulau Timbul di rumah En Mahmud,iaitu kenduri perkahwinan anak perempuan beliau yang bekerja di Kuala Lumpur.Seterusnya pada 16/12/2007 pula satu lagi kenduri perkahwinan akan diadakan di rumah Tuan Hj Mohd Shakaf.Sebarang pertanyaan tentang Kg Pulau Timbul boleh emailkan kepada saya di alamat mahmudsaiful@yahoo.com dan kgpulautimbul@yahoo.com

Monday, November 26, 2007

27.ROMBONGAN KE KUALA LUMPUR


Tanggal 16/11/2007 pegerakan pemuda umno bersama pibg sek keb hakim teh telah menganjurkan satu lawatan ke Kulala Lumpur yang ditaja oleh Dato Mohd Johari B Baharom bersama setiausaha sulitnya En Zulfitri b Yaacob..Rombongan kali ini diketuai Setiausaha UMNO cawangan Kg Pulau Timbul En Azizan B Md Sakhok bersama Saudara Ketua Pemuda Cawangan Pulau Timbul En Mohd Rushidi B Othman dan Guru Besar Sek Keb Hakim Teh En Mustafa B Ahmad..Pada lawatan kali ini Pihak Dato telah menyumbang penginapan dan makan..Penginapan ditaja oleh Dato di KL International Hotel dan makan dibeberapa tempat seperti Restoran Nelayan Taman Tasik Titi Wangsa,Pejabat Tim Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga di Hotel..Ribuan Terima Kasih buat Dato dan juga cikgu zul atas kesudiaan mereka menyumbang untuk lawatan Kg Pulau Timbul sekali lagi..Terima kasih juga diucapkan kepada En Zulkifli b Md Ros selaku ketua pemuda bahagian Kubang Pasu dan Juga Zainal B Chek Nik kerana menyumbang keuwangan untuk Lawatan kali ini..ribuan terima kasih untuk semua keranma menjayakan lawatan kali ini

Wednesday, November 14, 2007

26.PENGHARGAAN BUAT KAKCHAH DAN KAK NAH


Tanggal 13/11/2007 satu majlis memperingati dan menghargai kak Chah dan Kak Nah telah diadakan..Terima kasih terutama kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini..sekalung penghargaan buat semua kerana majlis ini berjalan dengan jayanya..Pada 30 tahun yang lalu kak Chah dan Kak Nah telah mula bertugas sebagai tenaga pengajar di tadika KEMAS Kg Pulau Timbul..Hampir kesemua penduduk di Kg ini yang telah menjadi anak Didik beliau..Terlalu banyak jasa Kak Chah dan Kak Nah untuk anak2 Kg Pulau Timbul..Daripada tanpa mengenal apa2 mereka tekun mengajar anak-anak Kg Pulau Timbul tanpa jemu dan tanpa merungut..Segala jasa mereka berdua terlalu besar untuk penduduk Kg Pulau Timbul..Pada majlis ini juga berbagai sumbangan penghargaan yang diberikan oleh penduduk kg untuk mereka berdua..Terima kasih juga diucapkan kepada Tuan Pegawai Kanan Kemas,Tuan Iman Kg Pulau Timbul,Tuan Guru Besar Sek Keb Hakim Teh En Mustafa B Ahmad dan Tim President UMNO Bahagian Kubang Pasu Haji Zaini serta Rosli B Salleh selaku Pengerusi Jkkk Pulau Timbul yang sudi hadir memeriahkan lagi majlis ini..Untuk kakchah dan kaknah,jasa mu terlalu besar untuk dinilai dan dibalas,sehinggakan ke mati belum tentu anak-anak didikmu ini bakal membalas jasa mu..TERIMA KASIH YANG TERAMAT-AMAT ISTIMEWA DARI KAMI SEMUA ANAK-ANAK MURID MU..

30 tahun sudah berlalu,

Segalanya pergi satu-persatu,

salam ingatan dan salam rindu,

buat Kakchah dan Kak nah yang takjemu-jemu memberi ilmu.

Pergi ke mudik,Balik ke muara,

Menangkap ikan untuk santapan diraja,

terima kasih yang tak terhingga,

Sebagai balasan mengajar kami erti dewasa.

Salam sayang buat AISHAH(KAKCHAH)DAN HABIBAH(KAKNAH) atas jasa-jasa anda yang tak pernah jemu mendidik kami supaya menjadi manusia yang berguna..Segala pengorbanan mu itu akan kami hargai dan akan kami teruskan asuhan mu untuk anak bangsa kita kehadapan dan hanya allah yang berhak membalas jasa-jasa mu kakchah dan kaknah

Thursday, November 8, 2007

24.PENGHARGAAN UNTUK SAUDARA ZAINAL B CHEK NIK

Post ini dibuat semata-mata untuk menghargai sumbangan Saudara Zainal Bin Chek Nik yang telah banyak memberi sumbangan terhadap Pegerakan Pemuda UMNO Cawangan Kg Pulau Timbul..Beliau yang berasal daripada Kg Tok Kassim,Laka,Changloon,Kedah telah banyak membantu Pegerakan Pemuda Kg Pulau Timbul dari banyak segi..Walaupun Saudara Zainal Bin Chek Nik bukan daripada kalangan ahli jawatankuasa Pegerakan Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu Tetapi apa yang dilakukan oleh saudara Zainal Bin Chek Nik terlalu banyak untuk Pegerakan Pemuda UMNO Cawangan Pulau Timbul dan juga anak-anak muda Kg Pulau Timbul..Antara sumbangan Saudara Zainal Bin Chek Nik adalah seperti berikut :-
  1. Menyediakan Hadiah Hampir keseluruhan bagi pertandingan memancing anjuran pegerakan pemuda umno cawangan Kg Pulau Timbul
  2. memberi sumbangan hemper pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran pelajar tua Sek Keb Hakim Teh
  3. Memberi sumbangan untuk rombongan ke Kuala Lumpur
  4. Mengadakan majlis makan untuk Pemuda Zon Tunjang

Beliau juga membuka peluang kepada anak muda Kg Pulau Timbul untuk bekerja dengan beliau dan mengurangkan penganguran di Kg Pulau Timbul dan membuka peluang kepada anak muda Kg Pulau Timbul untuk mendapatkan peluang pekerjaan..Selaku pengarang Blog ini dan juga memerangkap Setiausaha Pegerakan Pemuda UMNO Cawangan Kg Pulau Timbul saya mewakili anak-anak muda Kg Pulau Timbul ini tanpa mengira pangkat atau parti politik mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada saudara Zainal Bin Chek Nik atas jasa-jasa beliau yang teramat-amat banyak dan kami anak2 muda Kg Pulau Timbul bersatu hati akan terus berdiri dibelakang Saudara Zainal Bin Chek Nik...Syabas serta tahniah dan terima kasih yang takterhingga kepada Saudara Zainal Chek Nik(Bang non)

Zainal Bin Chek Nik(Ketua Cawangan)(Naib Ketua Pemuda Cawangan),Kg Tok Kassim,Laka Temin,Changloon,Kedah Darul Aman..

KG PULAU TIMBUL

My photo
TUNJJANG,JITRA, KEDAH, Malaysia
KG PULAU TIMBUL TERLETAK DI DAERAH KUBANG PASU YANG BEGITU SINONIM DIMALAYSIA KERANA DI KUBANG PASU LAH TEMPAT PERDANA MENTERI YANG KE EMPAT IAITU TUN MAHATHIR MOHAMMAD DAN SEKARANG DI AMBIL ALIH OLEH TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI, DATO JOHARI BIN BAHAROM.. BERBALIK KEPADA KG PULAU TIMBUL..KG PULAU TIMBUL MEMPUNYAI JUMLAH RUMAH YANG MELEBIHI 135 BUAH RUMAH DAN SETIAP RUMAH MEMPUNYAI BILANGAN MELEBIHI EMPAT ORANG.. DENGAN DILINGKUNGI KAWASAN SUNGAI DAN SAWAH PADI,KG PULAU TIMBUL TIDAK TERLEPAS DARI ARUS PEMODENAN YANG DIBAWA OLEH KEPIMPINAN DATO SERi NAJIB TUN ABD RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA KINI..DI KG INI SEGALA KEMUDAHAN DISEDIAKAN OLEH PIHAK KERAJAAN SEPERTI MASJID,DEWAN ORANG RAMAI,SEK KEBANGSAAN HAKIM TEH,KLINIK KESIHATAN DAN BERMACAM LAGI..HAMPIR 70% PENDUDUK KG PULAU TIMBUL TERLIBAT DALAM PERTANIAN YANG BERASAKAN SAWAH PADI..DALAM BLOG KG PULAU TIMBUL INI ADA PELBAGAI CERITA TENTANG KG PULAU TIMBUL.. MOGA DENGAN ADANYA BLOG INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA PENGGUNA DAN JUGAK ANAK@ KG PULAU TIMBUL

"Demi masa, sesungguhnya manusia di dlm kerugian.."


I made this widget at MyFlashFetish.com.