Saturday, August 22, 2009

Pukulan Gendang Kejutkan Sahur




Menjadi kebiasaan bila menjelang nya Ramadhan maka satu tradisi turun temurun bakal dilakukan.Gendang Sahur ini akan dimainkan bermula jam 01.00 Pagi sehingga 2 ke 3 jam bergantung kepada mereka yang berkumpul di tempat gendang tersebut.
Tujuan gendang tersebut di palu adalah kerana untuk mengejutkan penduduk Kg Pulau Timbul dan penduduk Kg Sekitar untuk bangun besahur..
Gendang Sahur ini adalah salah satu tradisi dan keunikkan yang terdapat didalam Kg Pulau Timbul..
Gendang ini akan dimainkan sehingga berakhirnya puasa.

Tuesday, August 18, 2009

Projek Celik It(Sek Keb Hakim Teh Kg Pulau Timbul)











Bertempat di Sek Keb Hakim Teh Kg Pulau Timbul, Telah diadakan satu Kursus Celik It oleh pelajar-pelajar PJJ UUM kepada murid-murid darjah 5 Sek Keb Hakim Teh.
Program tersebut dijalankan dari pagi sehingga ke tengahari yang melibatkan seramai 30 orang pelajar Darjah 5 Sek Keb Hakim Teh,Kg Pulau Timbul..
Di harap dengan adanya kursus seumpama ini mampu memberi manfaat kepada semua pelajar yang menyertai kursus ini. Bagi pihak wakil penduduk Kg. Saya mengucapkan Terima Kasih tak terhingga kepada Pelajar-pelajar PJJ UUM kerana memilih Sek Keb Hakim Teh sebagai tempat untuk mengadakan program Celik It ini.
Jasa baik anda semua dalam memberi ilmu kepada anak-anak Kg Pulau Timbul terutama sekali hanya Allah yang mampu membalasnya

Saturday, August 1, 2009

Gotong Royong Anjuran Pejabat Parlimen Kubang Pasu,Pejabat Kesihatan Daerah dan JKKK(P) serta Penduduk Kg Pulau Timbul


Tn Hj Shuib(Pegawai Khas Kepada Dato Wira Mohd Johari B Baharum)sedang memberi ucapan


En Ismail B Khamis(AJK UMNO BAHAGIAN) Turut sama membantu penduduk Kg dalam program gotong royong ini









Sabtu,8.00Pg - 12 Tengah Hari..
Gotong royong Anjuran Pejabat Parlimen Kubang Pasu,Kesihatan Dan JKKK(P) Kg Pulau Timbul.

Alhamdulilah...Kesepakatan yang terjalin sesama penduduk Kg Pulau Timbul sekali lagi terbukti apabila berjaya mengadakan satu majlis gotong-royong yang melibatkan Pejabat Parlimen Kubang Pasu,Pejabat Kesihatan,JKKK(P) Kg,Sek Keb Hakim Teh dan penduduk Kg Pulau Timbul,Kg Raja serta Kg Baru..

Dengan kehadiran yang mencecah hampir 300 orang membuktikan yang komuniti di Kg Pulau Timbul sangat-sangat membanggakan.Malahan walaupun aktiviti gotong-royong berakhir sekitar jam 12 tengah hari seperti yang dijadualkan tetapi masih ada yang terlibat sampai ke pukul 5 petang.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Penduduk Kg Pulau Timbul.Tak kira tua atau muda,masing-masing bekerjasama berganding bahu dalam memastikan Kg Pulau Timbul kekal bersih.

Perhargaan juga buat Dato Haji Ahmad Zaini B Jaapar(ADUN Bukit Kayu Hitam,Tim Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu), Tuan Haji Shuib selaku Pegawai Khas kepada Dato Wira Mohd Johari B Baharum,Ismail B Khamis(Ajk UMNO Bahagian Kubang Pasu),Saudara Nesar(Ajk Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu) yang telah sudi hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini.

Semoga dengan program yang berterusan di Kg Pulau Timbul dapat merapatkan lagi kerjasama antara penduduk.

KG PULAU TIMBUL

My photo
TUNJJANG,JITRA, KEDAH, Malaysia
KG PULAU TIMBUL TERLETAK DI DAERAH KUBANG PASU YANG BEGITU SINONIM DIMALAYSIA KERANA DI KUBANG PASU LAH TEMPAT PERDANA MENTERI YANG KE EMPAT IAITU TUN MAHATHIR MOHAMMAD DAN SEKARANG DI AMBIL ALIH OLEH TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI, DATO JOHARI BIN BAHAROM.. BERBALIK KEPADA KG PULAU TIMBUL..KG PULAU TIMBUL MEMPUNYAI JUMLAH RUMAH YANG MELEBIHI 135 BUAH RUMAH DAN SETIAP RUMAH MEMPUNYAI BILANGAN MELEBIHI EMPAT ORANG.. DENGAN DILINGKUNGI KAWASAN SUNGAI DAN SAWAH PADI,KG PULAU TIMBUL TIDAK TERLEPAS DARI ARUS PEMODENAN YANG DIBAWA OLEH KEPIMPINAN DATO SERi NAJIB TUN ABD RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA KINI..DI KG INI SEGALA KEMUDAHAN DISEDIAKAN OLEH PIHAK KERAJAAN SEPERTI MASJID,DEWAN ORANG RAMAI,SEK KEBANGSAAN HAKIM TEH,KLINIK KESIHATAN DAN BERMACAM LAGI..HAMPIR 70% PENDUDUK KG PULAU TIMBUL TERLIBAT DALAM PERTANIAN YANG BERASAKAN SAWAH PADI..DALAM BLOG KG PULAU TIMBUL INI ADA PELBAGAI CERITA TENTANG KG PULAU TIMBUL.. MOGA DENGAN ADANYA BLOG INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA PENGGUNA DAN JUGAK ANAK@ KG PULAU TIMBUL

"Demi masa, sesungguhnya manusia di dlm kerugian.."


I made this widget at MyFlashFetish.com.