Sunday, October 21, 2012

Salam

Salam 1Malaysia.. 

Lama tak update.. Sekarang nie musim menuai bagi penduduk kg pulau timbul tapi apa yang mendukacitakan kat sini kebanyakkan petani tak dapat nak menuai padi mereka di sebab kan keadaan sawah padi yang makin dalam..

Banyak keluhan daripada petani yang menyatakan mengalami kerugian apabila  tanaman mereka tidak dapat dituai akibat bendang semakin dalam. Ada sesetengah petani yang tidak dapat langsung mengerjakan sawah mereka ..

Faktor geografi merupakan pekara utama mengakibatkan bendang-bendang di kawasan ini semakin dalam. Boleh dikatakan aktiviti membajak kini tidak lagi dilakukan sewaktu kering disebabkan tidak berlaku kemarau panjang.

Malahan taburan hujan yang tak menentu serta penanaman yang tidak mengikut jadual akibat dari banjir yang berlaku mengakibatkan air di dalam sawah padi tidak dapat kering seperti sebelum-sebelum ini.

Malahan ada ura-ura dari beberapa orang petani menyatakan untuk rehat semusim dari bercucuk tanam supaya keadaan tanah dan sawah kembali normal seperti sediakala. Tapi yang menjadi masalah utama adalah, kebanyakkan dari penduduk kampung Pulau Timbul ini,hasil pendapatan utama mereka adalah dari sawah padi. Oleh yang demikian,Kerajaan dibawah kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani perlu memainkan peranan dalam menyelesaikan permasalahan ini..

Setakat nie saja dulu.. Inshallah segala yang berlaku di Kampung Pulau Timbul ini akan sentiasa dikemaskini disini buat tatapan anak-anak Kg Pulau Timbul di perantuan dan juga pembaca-pembaca setia Blog ini..

No comments:

KG PULAU TIMBUL

My photo
TUNJJANG,JITRA, KEDAH, Malaysia
KG PULAU TIMBUL TERLETAK DI DAERAH KUBANG PASU YANG BEGITU SINONIM DIMALAYSIA KERANA DI KUBANG PASU LAH TEMPAT PERDANA MENTERI YANG KE EMPAT IAITU TUN MAHATHIR MOHAMMAD DAN SEKARANG DI AMBIL ALIH OLEH TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI, DATO JOHARI BIN BAHAROM.. BERBALIK KEPADA KG PULAU TIMBUL..KG PULAU TIMBUL MEMPUNYAI JUMLAH RUMAH YANG MELEBIHI 135 BUAH RUMAH DAN SETIAP RUMAH MEMPUNYAI BILANGAN MELEBIHI EMPAT ORANG.. DENGAN DILINGKUNGI KAWASAN SUNGAI DAN SAWAH PADI,KG PULAU TIMBUL TIDAK TERLEPAS DARI ARUS PEMODENAN YANG DIBAWA OLEH KEPIMPINAN DATO SERi NAJIB TUN ABD RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA KINI..DI KG INI SEGALA KEMUDAHAN DISEDIAKAN OLEH PIHAK KERAJAAN SEPERTI MASJID,DEWAN ORANG RAMAI,SEK KEBANGSAAN HAKIM TEH,KLINIK KESIHATAN DAN BERMACAM LAGI..HAMPIR 70% PENDUDUK KG PULAU TIMBUL TERLIBAT DALAM PERTANIAN YANG BERASAKAN SAWAH PADI..DALAM BLOG KG PULAU TIMBUL INI ADA PELBAGAI CERITA TENTANG KG PULAU TIMBUL.. MOGA DENGAN ADANYA BLOG INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA PENGGUNA DAN JUGAK ANAK@ KG PULAU TIMBUL

"Demi masa, sesungguhnya manusia di dlm kerugian.."


I made this widget at MyFlashFetish.com.