KAMPUNG PULAU TIMBUL..BANYAK SEJARAH DAB KENANGAN YANG TERDAPAT DALAM WEB KG PULAU TIMBUL..DIHARAP BLOG INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA PENGGUNA..
SEDIKIT SEJARAH KG PULAU TIMBUL
Pulau Timbul, sebuah perkampongan orang keturunan mamak (yang ada campuran dengan arab Yemen) dekat Tunjang.
Mereka telah datang ke Tanah Melayu ( Pulau Pinang dan Kedah) pada sekitar tahun 1755.
Difahamkan mereka menjadi Penasihat Agama kepada Sultan Kedah. Oleh kerana itu mereka telah dianugerahkan oleh Sultan, tanah untuk kediaman di kawasan Titi Gajah.
Lalu ramailah mereka yang tinggal di Titi Gajah selain dari Pulau Pinang dan Pulau Timbul. Maka terdapatlah cawangan keluarga ini di Pulau Pinang, Titi Gajah, Anak Bukit dan Pulau Timbul.
Tradisi masyarakat ini ialah berkahwin sesama mereka sendiri untuk mengekalkan identiti mereka yang cukup konsevatif dan kuat memegang agama serta untuk menjaga harta tetap berada dalam keluarga mereka.
Mereka merasakan kalau anak-anak mereka berkahwin dengan orang luar dikhuatiri pegangan agama keturunan mereka akan menjadi lemah.

Thursday, January 7, 2010
Sekitar Majlis Perpisahan Cikgu Maryam dan Majlis Memasak Bubur Asyura Di Sek Keb Hakim Teh
07 January 2010..
Khamis..
Satu majlis Bubur Asyura telah diadakan sekali lagi pada tahun ini di Sek Keb Hakim Teh dengan melibatkan Pihak Sekolah dengan waris serta Penduduk Kampung.
Walaupun Sek Keb Hakim Teh merupakan Sebuah Sek luar Bandar tapi dengan semangat kesepakatan sesama penduduk Kampung dan Pihak Sek Keb Hakim Teh, Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya..
Pada Majlis yang sama turut juga diadakan majlis perpisahan Cikgu Maryam atau lebih dikenali sebagai Kak Yam oleh Penduduk setempat. Setelah hampir 4 tahun berada di sek Keb Hakim Teh Kg Pulau Timbul, Cikgu Mariam telah bertukar ke Sek Keb Tunjang.
Gambar-gambar diatas menceritakan sedikit sebanyak tentang program yang berlangsung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KG PULAU TIMBUL
- Kg Pulau Timbul
- TUNJJANG,JITRA, KEDAH, Malaysia
- KG PULAU TIMBUL TERLETAK DI DAERAH KUBANG PASU YANG BEGITU SINONIM DIMALAYSIA KERANA DI KUBANG PASU LAH TEMPAT PERDANA MENTERI YANG KE EMPAT IAITU TUN MAHATHIR MOHAMMAD DAN SEKARANG DI AMBIL ALIH OLEH TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI, DATO JOHARI BIN BAHAROM.. BERBALIK KEPADA KG PULAU TIMBUL..KG PULAU TIMBUL MEMPUNYAI JUMLAH RUMAH YANG MELEBIHI 135 BUAH RUMAH DAN SETIAP RUMAH MEMPUNYAI BILANGAN MELEBIHI EMPAT ORANG.. DENGAN DILINGKUNGI KAWASAN SUNGAI DAN SAWAH PADI,KG PULAU TIMBUL TIDAK TERLEPAS DARI ARUS PEMODENAN YANG DIBAWA OLEH KEPIMPINAN DATO SERi NAJIB TUN ABD RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA KINI..DI KG INI SEGALA KEMUDAHAN DISEDIAKAN OLEH PIHAK KERAJAAN SEPERTI MASJID,DEWAN ORANG RAMAI,SEK KEBANGSAAN HAKIM TEH,KLINIK KESIHATAN DAN BERMACAM LAGI..HAMPIR 70% PENDUDUK KG PULAU TIMBUL TERLIBAT DALAM PERTANIAN YANG BERASAKAN SAWAH PADI..DALAM BLOG KG PULAU TIMBUL INI ADA PELBAGAI CERITA TENTANG KG PULAU TIMBUL.. MOGA DENGAN ADANYA BLOG INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA PENGGUNA DAN JUGAK ANAK@ KG PULAU TIMBUL
1 comment:
Salam geng..!!! Wow meriahnya noo...baguih baguih baguihhhh..terima kasih cikgu. Tapi bubur syura tu yg kawe berkenan sangat tu...masjid tak buat kaa? agihkan macam bubur kanji masa bulan posa tu..rasanya acara bubur asyura ni buleh dibuat acara tahunan kot? buleh kawe kelik kg makan hahaha!!!!
lapaq bubuq syura aihhh...nak buat tak reti daaa...!!!
Post a Comment