Megat Zamri sedang membawa Kerbau Tenusunya untuk dibawa pulang kekandang
Badan Ternakan Budi-Tempat pemerahan susu Kerbau
Kandang Kerbau Tenusu Megat ZAmri yang terletak di kawasan Pintu masuk ke Kg Pulau Timbul
Kedai Runcit Pakcik Mid(Hamid B Jasin) yang terletak berhampiran masjid kg Pulau Timbul
Berlatarbelakangkan pemandangan yang cantik,Kg Pulau Timbul berpotensi untuk dijadikan sebuah Kg untuk Tarikan pelancong melawat dan menikmati suasana pertanian..
sempena tahun melawat malaysia 2007..Di Kg ini juga terdapat beberapa perindustrian kecil yang berasakan pertanian seperti SUSU KERBAU..
Boleh dikatakan ekonomi penduduk Kg ini hampir 70% melibatkan sektor pertanian..
Di Kg Pulau Timbul jugak terdapat satu perusahaan yang telah mendapat bantuan daripada kerajaan pusat, iaitu SUSU KERBAU yang diberi nama Badan Ternakan Budi..
Badan Ternakan Budi ini menggunakan sistem koperasi yang mana kebanyakkan ahli adalah merupakkan penduduk Kg Pulau Timbul sendiri..
Dengan adanya Badan Ternakan Budi ini dapat memberi manfaat dan keuntungan kepada penduduk Kg Pulau Timbul..Disamping itu jugak En Megat Zamri B Megat Hassan jugak mempunyai perniagaan SUSU KERBAU secara perseorangan yang dimanopoli oleh ahli keluarga beliau sendiri.
Kandang Kerbau beliau terletak dikawasan pintu masuk ke Kg Pulau Timbul..Untuk tempahan SUSU KERBAU bolehlah menghubungi beliau di +60124539456 .
Didalam sektor pertanian juga tidak menjadi masalah kepada penduduk Kg Pulau Timbul kerana jentera untuk mengusahakan pertanian boleh didapati di Kg ini disebabkan adanya penduduk yang membeli beberapa jenis jentera pertanian untuk kegunaan penduduk Kg Pulau Timbul..
Contohnya Saudara Paktam Det yang menyediakan Mesin Padi untuk memotong Padi yang telah masak atau cukup bulan untuk diambil dan dibawa ke kilang..
Sementara Saudara Megat Zamri Bin Megat Hassan pula menyediakan perkhidmatan lori untuk mengangkut Padi atau Tanah untuk penduduk Kg Pulau Timbul..
Malahan terdapat ramai penduduk yang mempunyai jentera-jentera pertanian sendiri..Sebagai contoh Pakteh Manaf yangmempunyai jentera pembajak dikuti oleh Megat Azahari juga mempunyai beberapa jenis jentera pembajak seperti Terektor dan Kabota..
Malahan diKg ini juga terdapat 3 kedai runcit yang memudahkan penduduk Kg untuk membeli barangan harian..Kedai Runcit yang pertama dimilikki oleh En Hamid B jasin manakala kedai runcit yang kedua dimilikki oleh En Halim B Salleh(pakchot) dan kedai runcit yang ketiga dimilikki oleh Mohd Shakaf B Omar...
Ketiga-tiga kedai tersebut menyediakan perkhidmatan barangan runcit kepada penduduk Kg Pulau Timbul..Di Kg ini juga terdapat beberapa kontrektor yang boleh dianggap berjaya diantaranya seperti saudara Nazri B Saad,Saudara Ku Shahrizal B Ku Radin dan beberapa orang lagi..
Bagi golongan wanita atau surirumah juga,mereka tidak ketinggalan untuk memajukan lagi taraf hidup mereka dengan menceburkan diri dalam IKS seperti membuat Rempeyek,Bahulu dan bermacam-macam lagi..Antara mereka yang terlibat dalam IKS ini adalah Puan Jah Md Isa membuat Rempeyek,Puan Norlia membuat Peneram,En Fadzil membuat Karas dan banyak lagi yang mengusahakan IKS ini untuk memajukan ekonomi mereka..
Oleh yangdemikian Penduduk Kg Pulau Timbul tidak terlepas dari arus kemodenan dan ekonomi mereka jugak diatas paras kemiskinan tegar.Sesuatu yang boleh dibanggakan atas usaha Pengerusi yang lama Allahyarham Othman Bin Abdul Hamid
Dan kini tempat Allahyarham di sandang oleh En Rosli B Salleh yang telah menjalankan tugasnya dengan begitu baik sambil dibantu oleh En Azizan B Sakhok yang telah memantapkan lagi ekonomi penduduk Kg Pulau Timbul..Sekalung Tahniah Buat mereka..
3 comments:
wow..kg pulau timbul dah maju la ni noh....hebatlah..promo bisness lagi tuh..
satu usaha yg menarik...boleh tambah lagi info...tapi apa pasai banyak sangat ejaan yg salah...ejaan kena bagi betui jgn sampai bahasa kita tercemar....
banyak ejaan yg salah...kena betulkan ejaan jgn sampai mencemarkan bahasa Melayu/Malaysia...
Post a Comment