Tuesday, March 18, 2008

43.MENTERI KABINET BARU MALAYSIA

PARLIMEN MALAYSIA

Senarai penuh Kabinet

PUTRAJAYA: Berikut senarai Jemaah Menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad hari ini:

Perdana Menteri
: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Timbalan Perdana Menteri
: Datuk Seri Najib Razak

JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri
: Tan Sri Bernard Dompok
: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
: Datuk Ahmad Zahid Hamidi
: Datuk Zaid Ibrahim (senator)
: Datuk Amirsham A Aziz (senator)
Timbalan
: Datuk Johari Baharum
: Datuk Dr Mashitah Ibrahim (senator)
: S K Devamany
: Datuk Hasan Malek

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri : Datuk Seri Syed Hamid Albar
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)

KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan : Datuk Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timbalan : Datuk Anifah Aman

KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri : Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed
Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan : A Kohilan Pillay (senator)

KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI
Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Liew Vui Keong
Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Shahrir Abdul Samad
Timbalan : Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri : Datuk Hishammuddin Hussein
Timbalan : Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan : Datuk Razali Ismail

KEMENTERIAN PENERANGAN
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN Menteri : Datuk Mohd Shafie Apdal
Timbalan : Teng Boon Soon

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri : Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan : Datuk Noraini Ahmad

KEMENTERIAN SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Fadillah Yusof

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : Datuk Ong Ka Chuan
Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew
Timbalan : Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri : Datuk Seri Najib Razak
Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan : Joseph Entulu Belaun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri : Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri : Datuk Noh Omar
Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT Menteri : Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan : Noriah Kasnon

KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri : Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri : Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Zulhasnan Rafique
Timbalan Menteri : Datuk M Saravanan

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan Menteri : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri : Datuk Idris Haron

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri : Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri : Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh

Inilah Barisan kabinet yang baru.. Dan adakah mereka mampu untuk memenuhi apa yang rakyat inginkan dan apakah tetap sama seperti yang lalu..

Monday, March 10, 2008

39. SEKADAR KENANGAN PRU 12 08/03/2008

Barisan Pemuda UMNO Cawangan Kg Pulau Timbul
Kenangan Bersama Dato' Johari Baharom Tim Men Keselamatan Dalam Negeri
Bersama Dato' Johari
Bersama Dato' dan SUS Dato' Zulfitri Yaacob
Saja begambar untuk kenangan semua
Bilik Gerakkan Pemuda Poster Barisan Nasional



gambar2 diatas menceritakan sedikit sebanyak kenangan yang dilalui oleh saya semas PRU 12 ini.. Dan PRU bakal diadakan semula 5 tahun dari sekarang dan sekalung tahniah buat PAS yang berjaya menguasai KEDAH

37. BILIK GERAKKAN BARISAN NASIONAL


Bilik Gerakan Barisan Nasional di Kg Pulau Timbul.. Sempena dengan PRU 12 pada tahun2008 ini Bilik Gerakkan Barisan Nasional telah dibuka di Kg Pulau Timbul.

36. TEMPOH BERKEMPEN


Gambar diatas menceritakan tentang tempoh berkempen di Kg Pulau Timbul

35.MAJLIS BACAAN YASSIN UNTUK BN


Satu majlis bacaan yassin telah diadakan untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional di Kubang Pasu.. Diatas menunjukan beberapa keping gambar menceritakan tempoh semasa berkempen oleh parti Barisan Nasional.

34.SATU HARI BERSAMA KEMAS


kemas telah menganjurkan satu majlis bersama rakyat dengan mengadakan beberapa program pda hari tersebut seperti pertandingan masakan, pertandingan gubahan, pertandingan mewarna dan juga bermacam2 lagi aktiviti yang diadakan.. program itu adalah kerjasama diantara KEMAS, KEDA dan Penduduk kg pulau timbul

Wednesday, February 13, 2008

33. PARLIMEN DIBUBARKAN


RABU
13/02/2008
10.00 Pagi
Parlimen malaysia hari ini dibubarkan pada pukul 10.00 pagi tadi..Ini bermakna pilihraya bakal berlangsung pada bila-bila masa sahaja lagi.
Pembubaran parliman ini di umum kan oleh Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi..Perdana Menteri Malaysia yang ke 5..

Thursday, January 24, 2008

31.BUBUR ASYURA


Pada 24/01/2008 satu majlis membuat bubur Asyura telah diadakan di Sek Keb Hakim Teh dengan usaha sama pihak sekolah dan juga PIBG sekolah kebangsaan Hakim Teh bersama penduduk Kg Pulau Timbul dan Kg,Kg yang terdekat dengan Sek Keb Hakim Teh..Majlis ini telah bermula pada pukul 8.30 pagi dengan kerjasama di antara penduduk Kg dengan pihak sekolah..Majlis ini bertujuan merapatkan lagi hubungan penduduk Kg dan juga pihak sekolah dan sempena menyambut Maal Hijrah

Monday, January 14, 2008

30.RINGGI KG PULAU TIMBUL






Ringgi kg Pulau Timbul Begitu sinonim dengan Kg Pulau Timbul Sendiri..Ringgi merupakan salah satu makanan tradisi penduduk Kg Ini dari sejak dahulu kala lagi..Ringgi di perbuat daripada padi yang di tanam menjangkaui selama 100 hari sahaja..apabila padi yang ditanam mencukupi tempoh seratus hari maka ia akan dituai menggunakan kaedah lama.kemudian apabila siap dituai ia akan dibawa untuk diraut atau dikisar supaya padi tersebut tertanggal daripada batang nya.Kemudian padi yang telah tertanggal daripada batangnya akan dimasak dengan kaedah menggoreng.Dalam menggoreng ini orang yang menggoreng padi tersebut haruslah memastikan padi yang digoreng tidak terlalu masak atau tidak masak supaya untuk menjamin ringgi tersebut tidak terlalu keras.Kemudian Padi yang siap di goreng haruslah ditampi atau diayak untuk membuang isi yang kosong sebelum proses terakhir dijalankan iaitu menumbuk menggunakan lesung penubuk yang rata-ratanya adalah traditional..Sempena musin ringgi kali ini atas usaha Dato Khalidah Adibah Ayub telah meluangkan masanya pada hari ini 14/01/2008 Isnin untuk progrem pesta ringgi yang dijalankan sempena Tahun Melawat Kedah 2008 dan untuk mewartakan Ringgi sebagai makanan Tradisi dan traditional Penduduk lama di Kedah dan juga Pulau Timbul sendiri..Terima Kasih di ucapkan kepada Yb Dato kerana usaha Yb Dato memartabatkan Barang-barang traditonal Kg Pulau Timbul




Friday, December 28, 2007

29.BANJIR KEMBALI MELANDA KG PULAU TIMBUL


Tanggal 18 hb 12 2007 banjir sekali lagi melanda Kg Pulau Timbul.Bersamaan dengan Tarikh yang melanda pada 2005 iaitu 18/12/2005.Cuma banjir yang berlaku kali ini tidak seteruk yang berlaku seperti 18/12/2005..Dan apa yang pasti banjir kali ini memberi banyak makna kepada penduduk Kg Pulau Timbul kerana Tiada bantuan yang disalurkan kepada para penduduk yang rumah mereka ditenggelami banjir.Dalam kesibukan untuk menghadapi pilihanraya tiada YB yang turun padang untuk menghulurkan bantuan.Apa yang dikecewakan adalah janji daripada SUS Dato' Johari Baharom yang ingin memberikan bantuan tetapi tidak kunjung tiba.Yang ada hanyalah sedikit sumbangan daripada YB Dato' Khalidah Adibah Ayub yang hanya menyampaikan sedikit bekalan kuih raya tetapi tidak ternampak YB Dato' di Kg ini.Amat mendukacitakan apabila penduduk Kg yang tak pernah jemu menyokong tetapi sering diabaikan.Berbalik kepada kejadian banjir pada kali ini..Alhamdulilah kerana banjir pada kali ini tidak seteruk seperti sebelum ini iaitu pada tahun 2005 yang hampir keseluruhan rumah dinaikki air tetapi pada tahun ini hanya sekitar 20 ke 30 buah rumah sahaja yang dimasukki air.

KG PULAU TIMBUL

My photo
TUNJJANG,JITRA, KEDAH, Malaysia
KG PULAU TIMBUL TERLETAK DI DAERAH KUBANG PASU YANG BEGITU SINONIM DIMALAYSIA KERANA DI KUBANG PASU LAH TEMPAT PERDANA MENTERI YANG KE EMPAT IAITU TUN MAHATHIR MOHAMMAD DAN SEKARANG DI AMBIL ALIH OLEH TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI, DATO JOHARI BIN BAHAROM.. BERBALIK KEPADA KG PULAU TIMBUL..KG PULAU TIMBUL MEMPUNYAI JUMLAH RUMAH YANG MELEBIHI 135 BUAH RUMAH DAN SETIAP RUMAH MEMPUNYAI BILANGAN MELEBIHI EMPAT ORANG.. DENGAN DILINGKUNGI KAWASAN SUNGAI DAN SAWAH PADI,KG PULAU TIMBUL TIDAK TERLEPAS DARI ARUS PEMODENAN YANG DIBAWA OLEH KEPIMPINAN DATO SERi NAJIB TUN ABD RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA KINI..DI KG INI SEGALA KEMUDAHAN DISEDIAKAN OLEH PIHAK KERAJAAN SEPERTI MASJID,DEWAN ORANG RAMAI,SEK KEBANGSAAN HAKIM TEH,KLINIK KESIHATAN DAN BERMACAM LAGI..HAMPIR 70% PENDUDUK KG PULAU TIMBUL TERLIBAT DALAM PERTANIAN YANG BERASAKAN SAWAH PADI..DALAM BLOG KG PULAU TIMBUL INI ADA PELBAGAI CERITA TENTANG KG PULAU TIMBUL.. MOGA DENGAN ADANYA BLOG INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA PENGGUNA DAN JUGAK ANAK@ KG PULAU TIMBUL

"Demi masa, sesungguhnya manusia di dlm kerugian.."


I made this widget at MyFlashFetish.com.