Thursday, October 25, 2012

SALAM AIDILADHA

Selamat menyambut hari raya Aidiladha buat seluruh anak2 Kg Pulau Timbul serta semua pembaca Blog ini yang beragama Islam

Salam Aidiladha..

Sunday, October 21, 2012

Salam

Salam 1Malaysia.. 

Lama tak update.. Sekarang nie musim menuai bagi penduduk kg pulau timbul tapi apa yang mendukacitakan kat sini kebanyakkan petani tak dapat nak menuai padi mereka di sebab kan keadaan sawah padi yang makin dalam..

Banyak keluhan daripada petani yang menyatakan mengalami kerugian apabila  tanaman mereka tidak dapat dituai akibat bendang semakin dalam. Ada sesetengah petani yang tidak dapat langsung mengerjakan sawah mereka ..

Faktor geografi merupakan pekara utama mengakibatkan bendang-bendang di kawasan ini semakin dalam. Boleh dikatakan aktiviti membajak kini tidak lagi dilakukan sewaktu kering disebabkan tidak berlaku kemarau panjang.

Malahan taburan hujan yang tak menentu serta penanaman yang tidak mengikut jadual akibat dari banjir yang berlaku mengakibatkan air di dalam sawah padi tidak dapat kering seperti sebelum-sebelum ini.

Malahan ada ura-ura dari beberapa orang petani menyatakan untuk rehat semusim dari bercucuk tanam supaya keadaan tanah dan sawah kembali normal seperti sediakala. Tapi yang menjadi masalah utama adalah, kebanyakkan dari penduduk kampung Pulau Timbul ini,hasil pendapatan utama mereka adalah dari sawah padi. Oleh yang demikian,Kerajaan dibawah kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani perlu memainkan peranan dalam menyelesaikan permasalahan ini..

Setakat nie saja dulu.. Inshallah segala yang berlaku di Kampung Pulau Timbul ini akan sentiasa dikemaskini disini buat tatapan anak-anak Kg Pulau Timbul di perantuan dan juga pembaca-pembaca setia Blog ini..

Friday, February 10, 2012

Sekitar Majlis Forum Perdana Anjuran MBNK dengan Kerjasama Persatuan Belai Kg Pulau Timbul dan Ajk Khariah Masjid Kg Pulau Timbul











Sekitar Majlis Forum Perdana Anjuran Majlis Belia Negeri Kedah dengan Kerjasama Persatuan Belia Kg Pulau Timbul dan Ajk Khariah Masjid Kg Pulau Timbul pada 05/02/2012

Pertandingan Memancing Anjuran Majlis Belia Negeri Kedah













Sekitar majlis pertandingan Memancing anjuran MBNK dengan kerjasama Persatuan Belia Kg Pulau Timbul pada 05/02/2012 yg lalu..


Wednesday, January 4, 2012

Salam

LOKASI TEMPAT ARWAH JATUH KEDALAM SUNGAI


Salam..
Petang semalam sorang warga Pulau Timbul yg dikenali sebaga Bani @ Sharbani Md Ali telah kembali ke Rahmatullah akibat terjatuh kedalam Sungai Kg Pulau Timbul..
Mayat Allahyarham telah dijumpai pada jam 10,30 Malam hasil gerakkan mencari dan menyelamat yg dilakukan oleh penduduk kg sendiri terdiri daripada Pak Abi, Azahari, Fendi, Abg Mat Biji dan Paklong Adam..

Allahyarham dikatakan dalam perjalanan pulang dari rumah Ibu mertuanya di kerpan telah hilang kawalan motosikal lalu terjatuh kedalam sungai utama Kg Pulau Timbul..

Arwah meninggalkan seorang Isteri dan 4 orang anak.. Sama2 kita sedekahkan Al Fatihah Untuk Arwah.. AL FATIHAH

Saturday, October 22, 2011

Salam 1 Malaysia

Dengar2 cita hujung bulan 11 nie dijangka taburan hujan di kawasan nie akan turun banyak.. so kena bersedia dah untuk berlaku kemungkinan banjir pulak.. Harap2 xdak la banjir

Tuesday, September 20, 2011

Salam Lebaran

Jemputan kepada Seluruh Warga Penduduk Kg Pulau Timbul Ke Majlis Rumah Terbuka Masyarakat Kg Pulau Timbul
  • Sabtu 24?09/2011
  • Pekarangan Dewan Orang Ramai Kg Pulau Timbul
  • jam 11.30 pg - 3.00 ptg
Semua Warga Penduduk Kg Pulau Timbul Dijemput Hadir

Saturday, September 3, 2011

Salam Lebaran

Salam Aidilfitri Buat Seluruh Warga Penduduk Kg Pulau Timbul.. Saya Mohon maaf andai ada terkasar bahasa atau terlajak kata.. Selamat Hari Raya Aidilfitri Buat Semua Pembaca BLOG Kg Pulau Timbul Nie...

Tuesday, August 9, 2011

Salam Ramadhan


Selamat berpuasa buat seluruh warga penduduk Kg Pulau Timbul

Tuesday, May 3, 2011

PROGRAM BERSAMA SEKRETARIAT RAKAN MUDA UUM











Gambar2 diatas menceritakan serba sedikit berkenaan program yg telah berlangsung pada baru-baru ini..

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Sekretariat Rakan Muda UUM dan Cik Surayanti kerana memilih Kg Pulau Timbul Sebagai destinasi Program Anak Desa Didekati dan Mahasiswa Berbakti...

KG PULAU TIMBUL

My photo
TUNJJANG,JITRA, KEDAH, Malaysia
KG PULAU TIMBUL TERLETAK DI DAERAH KUBANG PASU YANG BEGITU SINONIM DIMALAYSIA KERANA DI KUBANG PASU LAH TEMPAT PERDANA MENTERI YANG KE EMPAT IAITU TUN MAHATHIR MOHAMMAD DAN SEKARANG DI AMBIL ALIH OLEH TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI, DATO JOHARI BIN BAHAROM.. BERBALIK KEPADA KG PULAU TIMBUL..KG PULAU TIMBUL MEMPUNYAI JUMLAH RUMAH YANG MELEBIHI 135 BUAH RUMAH DAN SETIAP RUMAH MEMPUNYAI BILANGAN MELEBIHI EMPAT ORANG.. DENGAN DILINGKUNGI KAWASAN SUNGAI DAN SAWAH PADI,KG PULAU TIMBUL TIDAK TERLEPAS DARI ARUS PEMODENAN YANG DIBAWA OLEH KEPIMPINAN DATO SERi NAJIB TUN ABD RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA KINI..DI KG INI SEGALA KEMUDAHAN DISEDIAKAN OLEH PIHAK KERAJAAN SEPERTI MASJID,DEWAN ORANG RAMAI,SEK KEBANGSAAN HAKIM TEH,KLINIK KESIHATAN DAN BERMACAM LAGI..HAMPIR 70% PENDUDUK KG PULAU TIMBUL TERLIBAT DALAM PERTANIAN YANG BERASAKAN SAWAH PADI..DALAM BLOG KG PULAU TIMBUL INI ADA PELBAGAI CERITA TENTANG KG PULAU TIMBUL.. MOGA DENGAN ADANYA BLOG INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA PENGGUNA DAN JUGAK ANAK@ KG PULAU TIMBUL

"Demi masa, sesungguhnya manusia di dlm kerugian.."


I made this widget at MyFlashFetish.com.