

Ringgi kg Pulau Timbul Begitu sinonim dengan Kg Pulau Timbul Sendiri..Ringgi merupakan salah satu makanan tradisi penduduk Kg Ini dari sejak dahulu kala lagi..Ringgi di perbuat daripada padi yang di tanam menjangkaui selama 100 hari sahaja..apabila padi yang ditanam mencukupi tempoh seratus hari maka ia akan dituai menggunakan kaedah lama.kemudian apabila siap dituai ia akan dibawa untuk diraut atau dikisar supaya padi tersebut tertanggal daripada batang nya.Kemudian padi yang telah tertanggal daripada batangnya akan dimasak dengan kaedah menggoreng.Dalam menggoreng ini orang yang menggoreng padi tersebut haruslah memastikan padi yang digoreng tidak terlalu masak atau tidak masak supaya untuk menjamin ringgi tersebut tidak terlalu keras.Kemudian Padi yang siap di goreng haruslah ditampi atau diayak untuk membuang isi yang kosong sebelum proses terakhir dijalankan iaitu menumbuk menggunakan lesung penubuk yang rata-ratanya adalah traditional..Sempena musin ringgi kali ini atas usaha Dato Khalidah Adibah Ayub telah meluangkan masanya pada hari ini 14/01/2008 Isnin untuk progrem pesta ringgi yang dijalankan sempena Tahun Melawat Kedah 2008 dan untuk mewartakan Ringgi sebagai makanan Tradisi dan traditional Penduduk lama di Kedah dan juga Pulau Timbul sendiri..Terima Kasih di ucapkan kepada Yb Dato kerana usaha Yb Dato memartabatkan Barang-barang traditonal Kg Pulau Timbul
No comments:
Post a Comment