Friday, March 21, 2008

44.KEADAAN SEMASA KG PULAU TIMBUL
















Alhamdulillah..Kiranya sudah 2 minggu pilihan raya berakhir namun kehangatan bahang pilihan raya masih lagi menjadi topik perbincangan utama bagi kebanyakkan penduduk kg pulau timbul.. Ketidak puas hati,isu PakLah,Isu kekalahan BN di Kedah dan pelbagai lagi cerita politik yang boleh di dengari di Kg Pulau Timbul ini seolah2 berada di Parlimen.. Ok isu yang pertama yang agak hangat di perkatakan di Kg ini berkenaan isu pembahagian duit semasa pilihan raya.. Ada di kalangan penduduk yang tidak berpuas hati dengan pembahagian duit yang dilakukan oleh ketua Peti undi.. Berkenaan isu pembahagian duit untuk masakan..Apabila di umunkan yang bahagian masakan memperolehi Rm880.00 dan setiap orang hanya dapat dibahagikan sebanyak Rm40.00 seorang maka menyebabkan beberapa penduduk tidak berpuas hati dengan pembahagian tersebut dan apa yang menyedihkan lagi adalah ketidak puasan hati itu datang daripada salah seorang yang pernah memegang jawatan ketua masakan pada pilihan raya 2004 dan yang lebih menduka citakan lagi apabila umum mengetahui bahawa sewaktu beliau memegang jawatan terbabit, beliau tidak pernah mengagihkan sumber kewangan kepada jawatan kuasa masakan dan hanya beliau sahaja yang memperolehi keuntungan sedangkan kini apabila beliau tidak dilantik sebagai ketua masakan maka berlaku lah ketidak puasan hati.. Moral daripada cerita ini adalah betapa rendahnya sikap bangsa Melayu..Sesama bangsa dan seagama pun berlaku juga pelbagai rasa tidak puas hati... Kenapa disaat bangsa cina sudah bersepakat tetapi bangsa Melayu masih berpecah dan tidak mahu bersatu hati sesama bangsa dan seagama?. Dan satu lagi cerita berkenaan seorang penduduk Kg Raja yang mempersoalkan tindakkan saya selaku pengarang Blog ini apabila mempertikaikan tidakkan saya membuah banyak post tentang UMNO.. Untuk makluman pembaca smua, Blog ini bertujuan untuk mencerikan keadaan semasa, sejarah Kg, Aktiviti dan program yang dijalankan. Oleh kerana kebanyakkan program yang dijalankan di Kg Pulau Timbul adalah di bawah sumbangan UMNO bahagian dan dianjurkan oleh UMNO Cawangan jadi oleh yang demikian saudara dari Kg Raja tidak boleh mempersoalkan tentang blog ini dan jika saudara dari Kg Raja tersebut adalah ahli PAS dan mahu aktiviti PAS dimasukan kedalam blog ini sila lah adakan aktiviti di bawah anjuran PAS di Kg Pulau Timbul dan inshallah program tersebut akan di masukan ke dalam Blog ini.. Pemerintahan PAS di Kedah.. Setakat sekarang pemerintahan PAS di Kedah agak memuaskan hati rakyat dengan penghapusan saman yang dikeluarkan oleh majlis daerah dan majlis bandar raya.. pengurangan cukai tanah sebanyak 30% dan pemberian tiket percuma kepada peminat bola sepak kedah untuk perlawanan Kedah.. Tapi apa yang agak membebankan rakyat sedikit adalah berkenaan dengan penggunaan kupon parking yang terpaksa di beli di MBAS sebelum boleh parking kereta di sekitar Alor Setar.. Tidak seperti sebelum ini apabila parking ber meter digunakan dan rakyat boleh meletak kereta di mana sahaja yang mereka ingin kan dan hanya perlu menyediakan syiling yang secukup nya dan apabila berlaku peralihan kuasa sistem tersebut telah di tukar dan agak menyusah kan rakyat.. Kesimpulan dari semua cerita di atas ingin saya menegaskan bahawa sebagai bangsa Melayu kita semua sepatutnya berkerjasama tanpa mengira perbezaan politik dan parti kerana apa yang di khuatiri apabila Bangsa Cina hampir menguasai Malaysia dan dimanakan kita sebagai Bangsa Melayu satu hari nanti jadi oleh yang demikian kita sebagai bangsa Melayu renung-renungkan lah...

No comments:

KG PULAU TIMBUL

My photo
TUNJJANG,JITRA, KEDAH, Malaysia
KG PULAU TIMBUL TERLETAK DI DAERAH KUBANG PASU YANG BEGITU SINONIM DIMALAYSIA KERANA DI KUBANG PASU LAH TEMPAT PERDANA MENTERI YANG KE EMPAT IAITU TUN MAHATHIR MOHAMMAD DAN SEKARANG DI AMBIL ALIH OLEH TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI, DATO JOHARI BIN BAHAROM.. BERBALIK KEPADA KG PULAU TIMBUL..KG PULAU TIMBUL MEMPUNYAI JUMLAH RUMAH YANG MELEBIHI 135 BUAH RUMAH DAN SETIAP RUMAH MEMPUNYAI BILANGAN MELEBIHI EMPAT ORANG.. DENGAN DILINGKUNGI KAWASAN SUNGAI DAN SAWAH PADI,KG PULAU TIMBUL TIDAK TERLEPAS DARI ARUS PEMODENAN YANG DIBAWA OLEH KEPIMPINAN DATO SERi NAJIB TUN ABD RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA KINI..DI KG INI SEGALA KEMUDAHAN DISEDIAKAN OLEH PIHAK KERAJAAN SEPERTI MASJID,DEWAN ORANG RAMAI,SEK KEBANGSAAN HAKIM TEH,KLINIK KESIHATAN DAN BERMACAM LAGI..HAMPIR 70% PENDUDUK KG PULAU TIMBUL TERLIBAT DALAM PERTANIAN YANG BERASAKAN SAWAH PADI..DALAM BLOG KG PULAU TIMBUL INI ADA PELBAGAI CERITA TENTANG KG PULAU TIMBUL.. MOGA DENGAN ADANYA BLOG INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA PENGGUNA DAN JUGAK ANAK@ KG PULAU TIMBUL

"Demi masa, sesungguhnya manusia di dlm kerugian.."


I made this widget at MyFlashFetish.com.