Saturday, August 1, 2009

Gotong Royong Anjuran Pejabat Parlimen Kubang Pasu,Pejabat Kesihatan Daerah dan JKKK(P) serta Penduduk Kg Pulau Timbul


Tn Hj Shuib(Pegawai Khas Kepada Dato Wira Mohd Johari B Baharum)sedang memberi ucapan


En Ismail B Khamis(AJK UMNO BAHAGIAN) Turut sama membantu penduduk Kg dalam program gotong royong ini









Sabtu,8.00Pg - 12 Tengah Hari..
Gotong royong Anjuran Pejabat Parlimen Kubang Pasu,Kesihatan Dan JKKK(P) Kg Pulau Timbul.

Alhamdulilah...Kesepakatan yang terjalin sesama penduduk Kg Pulau Timbul sekali lagi terbukti apabila berjaya mengadakan satu majlis gotong-royong yang melibatkan Pejabat Parlimen Kubang Pasu,Pejabat Kesihatan,JKKK(P) Kg,Sek Keb Hakim Teh dan penduduk Kg Pulau Timbul,Kg Raja serta Kg Baru..

Dengan kehadiran yang mencecah hampir 300 orang membuktikan yang komuniti di Kg Pulau Timbul sangat-sangat membanggakan.Malahan walaupun aktiviti gotong-royong berakhir sekitar jam 12 tengah hari seperti yang dijadualkan tetapi masih ada yang terlibat sampai ke pukul 5 petang.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Penduduk Kg Pulau Timbul.Tak kira tua atau muda,masing-masing bekerjasama berganding bahu dalam memastikan Kg Pulau Timbul kekal bersih.

Perhargaan juga buat Dato Haji Ahmad Zaini B Jaapar(ADUN Bukit Kayu Hitam,Tim Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu), Tuan Haji Shuib selaku Pegawai Khas kepada Dato Wira Mohd Johari B Baharum,Ismail B Khamis(Ajk UMNO Bahagian Kubang Pasu),Saudara Nesar(Ajk Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu) yang telah sudi hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini.

Semoga dengan program yang berterusan di Kg Pulau Timbul dapat merapatkan lagi kerjasama antara penduduk.

Thursday, July 16, 2009

Majlis Jamuan Pulut Durian Anjuran Sek Keb Hakim Teh Bersama Penduduk Kg














  • 16 July 2009
  • Khamis
  • Sek Keb Hakim Teh Kg Pulau Timbul
  • Kenduri Pulut Durian
Bertempat di Sek Kebangsaan Hakim Teh Kg Pulau Timbul..Kenduri Durian telah diadakan dengan kerjasama diantara pihak Sek Hakim Teh dengan Masyarakat Kg Pulau Timbul.

Majlis tersebut diadakan setiap tahun atas kesungguhan tuan Guru Besar,En Mustaffa dan juga YBDP Sek Keb Hakim Teh,Mohd Shakaf B Omar bagi menjadikan kenduri Durian menjadi tradisi bagi Sek Keb Hakim Teh.

Thursday, June 25, 2009

Sekitar Mesyuarat Agung UMNO Cawangan Kg Pulau Timbul








Penduduk Kg Pulau Timbul sekali lagi meneruskan semangat kerjasama antara penduduk Kg, apabila sanggup meluangkan waktu malam mereka bagi menunaikan tanggungjawab selaku ahli UMNO Cawangan..

Mesyuarat yang berlangsung jam 9.00 Malam dan dihadiri oleh En Zulkifli @ Md Ros selaku AJK UMNO Bahagian Kubang Pasu yang menjadi wakil kepada UMNO Bahagian Kubang Pasu telah berlangsung dengan jayanya pada 24/06/2009 yang lalu.

Pada majlis tersebut juga,Kesepakatan yang ditunjukkan oleh semua lapisan umur sama ada wanita dan lelaki di Kg Pulau Timbul jelas terpancar apabila sama-sama menolong menyediakan makan dan menjadikan majlis tersebut berjalan lancar dan berjaya.

Monday, June 22, 2009

Gambar2 sekitar Lawatan Ke Kuala Lumpur Anjuran Persatuan Belia Kg Pulau Timbul


Begambar bersama ZiZaN Raja Lawak

Kat Restoran Nelayan

Di Restoran Nelayan Taman Tasik Titiwangsa

Taman Tasik,Restoran Nelayan

Restoran Nelayan Taman Tasik Titiwangsa

Tasik Titiwangsa

Tasik Titiwangsa
Dewan Makan MOA

Kementerian Pertanian Industri Dan Asas Tani

Makan Tengahari di MOA

Kementerian Pertanian Industri Dan Asas Tani

Sungai Buluh

Hentian Sebelah Sungai Buluh


18/06/2009 - 20/06/2009
Anjuran : Persatuan Belia Kg Pulau Timbul

Monday, May 4, 2009

Majlis Jamuan Untuk Ajk Karnival Sukaneka Dan Sukan Air









Alhamdulillah.. Semalam satu majlis makan yang diadakan buat Ajk program Karnival sukaneka dan sukan air yang berlangsung pada 25/04/2009 yang lalu..

Jamuan ini diadakan bertujuan untuk menghargai kesungguhan Ajk Karnival terutama sekali anak-anak muda Kg Pulau Timbul yang membantu melancarkan program karnival tersebut..

Jamuan ini adalah sumbangan Naib Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, En Zulfitri B Yaakob..Ribuan Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada Zulfitri B Yaakob selaku Naib Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu atas kesudian beliau untuk mengadakan jamuan kepada Ajk program Kg Pulau Timbul ini di Darulaman Golf..

Selaku wakil anak-anak muda dan Ajk Program mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada En Zulfitri B Yaakob

KG PULAU TIMBUL

My photo
TUNJJANG,JITRA, KEDAH, Malaysia
KG PULAU TIMBUL TERLETAK DI DAERAH KUBANG PASU YANG BEGITU SINONIM DIMALAYSIA KERANA DI KUBANG PASU LAH TEMPAT PERDANA MENTERI YANG KE EMPAT IAITU TUN MAHATHIR MOHAMMAD DAN SEKARANG DI AMBIL ALIH OLEH TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI, DATO JOHARI BIN BAHAROM.. BERBALIK KEPADA KG PULAU TIMBUL..KG PULAU TIMBUL MEMPUNYAI JUMLAH RUMAH YANG MELEBIHI 135 BUAH RUMAH DAN SETIAP RUMAH MEMPUNYAI BILANGAN MELEBIHI EMPAT ORANG.. DENGAN DILINGKUNGI KAWASAN SUNGAI DAN SAWAH PADI,KG PULAU TIMBUL TIDAK TERLEPAS DARI ARUS PEMODENAN YANG DIBAWA OLEH KEPIMPINAN DATO SERi NAJIB TUN ABD RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA KINI..DI KG INI SEGALA KEMUDAHAN DISEDIAKAN OLEH PIHAK KERAJAAN SEPERTI MASJID,DEWAN ORANG RAMAI,SEK KEBANGSAAN HAKIM TEH,KLINIK KESIHATAN DAN BERMACAM LAGI..HAMPIR 70% PENDUDUK KG PULAU TIMBUL TERLIBAT DALAM PERTANIAN YANG BERASAKAN SAWAH PADI..DALAM BLOG KG PULAU TIMBUL INI ADA PELBAGAI CERITA TENTANG KG PULAU TIMBUL.. MOGA DENGAN ADANYA BLOG INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA PENGGUNA DAN JUGAK ANAK@ KG PULAU TIMBUL

"Demi masa, sesungguhnya manusia di dlm kerugian.."


I made this widget at MyFlashFetish.com.