KAMPUNG PULAU TIMBUL..BANYAK SEJARAH DAB KENANGAN YANG TERDAPAT DALAM WEB KG PULAU TIMBUL..DIHARAP BLOG INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA PENGGUNA..
SEDIKIT SEJARAH KG PULAU TIMBUL
Mereka telah datang ke Tanah Melayu ( Pulau Pinang dan Kedah) pada sekitar tahun 1755.
Difahamkan mereka menjadi Penasihat Agama kepada Sultan Kedah. Oleh kerana itu mereka telah dianugerahkan oleh Sultan, tanah untuk kediaman di kawasan Titi Gajah.
Lalu ramailah mereka yang tinggal di Titi Gajah selain dari Pulau Pinang dan Pulau Timbul. Maka terdapatlah cawangan keluarga ini di Pulau Pinang, Titi Gajah, Anak Bukit dan Pulau Timbul.
Tradisi masyarakat ini ialah berkahwin sesama mereka sendiri untuk mengekalkan identiti mereka yang cukup konsevatif dan kuat memegang agama serta untuk menjaga harta tetap berada dalam keluarga mereka.
Mereka merasakan kalau anak-anak mereka berkahwin dengan orang luar dikhuatiri pegangan agama keturunan mereka akan menjadi lemah.
Friday, November 30, 2007
28.KEADAAN SEMASA KG PULAU TIMBUL
Monday, November 26, 2007
27.ROMBONGAN KE KUALA LUMPUR
Tanggal 16/11/2007 pegerakan pemuda umno bersama pibg sek keb hakim teh telah menganjurkan satu lawatan ke Kulala Lumpur yang ditaja oleh Dato Mohd Johari B Baharom bersama setiausaha sulitnya En Zulfitri b Yaacob..Rombongan kali ini diketuai Setiausaha UMNO cawangan Kg Pulau Timbul En Azizan B Md Sakhok bersama Saudara Ketua Pemuda Cawangan Pulau Timbul En Mohd Rushidi B Othman dan Guru Besar Sek Keb Hakim Teh En Mustafa B Ahmad..Pada lawatan kali ini Pihak Dato telah menyumbang penginapan dan makan..Penginapan ditaja oleh Dato di KL International Hotel dan makan dibeberapa tempat seperti Restoran Nelayan Taman Tasik Titi Wangsa,Pejabat Tim Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga di Hotel..Ribuan Terima Kasih buat Dato dan juga cikgu zul atas kesudiaan mereka menyumbang untuk lawatan Kg Pulau Timbul sekali lagi..Terima kasih juga diucapkan kepada En Zulkifli b Md Ros selaku ketua pemuda bahagian Kubang Pasu dan Juga Zainal B Chek Nik kerana menyumbang keuwangan untuk Lawatan kali ini..ribuan terima kasih untuk semua keranma menjayakan lawatan kali ini
Wednesday, November 14, 2007
26.PENGHARGAAN BUAT KAKCHAH DAN KAK NAH
Tanggal 13/11/2007 satu majlis memperingati dan menghargai kak Chah dan Kak Nah telah diadakan..Terima kasih terutama kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini..sekalung penghargaan buat semua kerana majlis ini berjalan dengan jayanya..Pada 30 tahun yang lalu kak Chah dan Kak Nah telah mula bertugas sebagai tenaga pengajar di tadika KEMAS Kg Pulau Timbul..Hampir kesemua penduduk di Kg ini yang telah menjadi anak Didik beliau..Terlalu banyak jasa Kak Chah dan Kak Nah untuk anak2 Kg Pulau Timbul..Daripada tanpa mengenal apa2 mereka tekun mengajar anak-anak Kg Pulau Timbul tanpa jemu dan tanpa merungut..Segala jasa mereka berdua terlalu besar untuk penduduk Kg Pulau Timbul..Pada majlis ini juga berbagai sumbangan penghargaan yang diberikan oleh penduduk kg untuk mereka berdua..Terima kasih juga diucapkan kepada Tuan Pegawai Kanan Kemas,Tuan Iman Kg Pulau Timbul,Tuan Guru Besar Sek Keb Hakim Teh En Mustafa B Ahmad dan Tim President UMNO Bahagian Kubang Pasu Haji Zaini serta Rosli B Salleh selaku Pengerusi Jkkk Pulau Timbul yang sudi hadir memeriahkan lagi majlis ini..Untuk kakchah dan kaknah,jasa mu terlalu besar untuk dinilai dan dibalas,sehinggakan ke mati belum tentu anak-anak didikmu ini bakal membalas jasa mu..TERIMA KASIH YANG TERAMAT-AMAT ISTIMEWA DARI KAMI SEMUA ANAK-ANAK MURID MU..
30 tahun sudah berlalu,
Segalanya pergi satu-persatu,
salam ingatan dan salam rindu,
buat Kakchah dan Kak nah yang takjemu-jemu memberi ilmu.
Pergi ke mudik,Balik ke muara,
Menangkap ikan untuk santapan diraja,
terima kasih yang tak terhingga,
Sebagai balasan mengajar kami erti dewasa.
Salam sayang buat AISHAH(KAKCHAH)DAN HABIBAH(KAKNAH) atas jasa-jasa anda yang tak pernah jemu mendidik kami supaya menjadi manusia yang berguna..Segala pengorbanan mu itu akan kami hargai dan akan kami teruskan asuhan mu untuk anak bangsa kita kehadapan dan hanya allah yang berhak membalas jasa-jasa mu kakchah dan kaknah
Thursday, November 8, 2007
24.PENGHARGAAN UNTUK SAUDARA ZAINAL B CHEK NIK
- Menyediakan Hadiah Hampir keseluruhan bagi pertandingan memancing anjuran pegerakan pemuda umno cawangan Kg Pulau Timbul
- memberi sumbangan hemper pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran pelajar tua Sek Keb Hakim Teh
- Memberi sumbangan untuk rombongan ke Kuala Lumpur
- Mengadakan majlis makan untuk Pemuda Zon Tunjang
Beliau juga membuka peluang kepada anak muda Kg Pulau Timbul untuk bekerja dengan beliau dan mengurangkan penganguran di Kg Pulau Timbul dan membuka peluang kepada anak muda Kg Pulau Timbul untuk mendapatkan peluang pekerjaan..Selaku pengarang Blog ini dan juga memerangkap Setiausaha Pegerakan Pemuda UMNO Cawangan Kg Pulau Timbul saya mewakili anak-anak muda Kg Pulau Timbul ini tanpa mengira pangkat atau parti politik mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada saudara Zainal Bin Chek Nik atas jasa-jasa beliau yang teramat-amat banyak dan kami anak2 muda Kg Pulau Timbul bersatu hati akan terus berdiri dibelakang Saudara Zainal Bin Chek Nik...Syabas serta tahniah dan terima kasih yang takterhingga kepada Saudara Zainal Chek Nik(Bang non)
Zainal Bin Chek Nik(Ketua Cawangan)(Naib Ketua Pemuda Cawangan),Kg Tok Kassim,Laka Temin,Changloon,Kedah Darul Aman..
KG PULAU TIMBUL
- Kg Pulau Timbul
- TUNJJANG,JITRA, KEDAH, Malaysia
- KG PULAU TIMBUL TERLETAK DI DAERAH KUBANG PASU YANG BEGITU SINONIM DIMALAYSIA KERANA DI KUBANG PASU LAH TEMPAT PERDANA MENTERI YANG KE EMPAT IAITU TUN MAHATHIR MOHAMMAD DAN SEKARANG DI AMBIL ALIH OLEH TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI, DATO JOHARI BIN BAHAROM.. BERBALIK KEPADA KG PULAU TIMBUL..KG PULAU TIMBUL MEMPUNYAI JUMLAH RUMAH YANG MELEBIHI 135 BUAH RUMAH DAN SETIAP RUMAH MEMPUNYAI BILANGAN MELEBIHI EMPAT ORANG.. DENGAN DILINGKUNGI KAWASAN SUNGAI DAN SAWAH PADI,KG PULAU TIMBUL TIDAK TERLEPAS DARI ARUS PEMODENAN YANG DIBAWA OLEH KEPIMPINAN DATO SERi NAJIB TUN ABD RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA KINI..DI KG INI SEGALA KEMUDAHAN DISEDIAKAN OLEH PIHAK KERAJAAN SEPERTI MASJID,DEWAN ORANG RAMAI,SEK KEBANGSAAN HAKIM TEH,KLINIK KESIHATAN DAN BERMACAM LAGI..HAMPIR 70% PENDUDUK KG PULAU TIMBUL TERLIBAT DALAM PERTANIAN YANG BERASAKAN SAWAH PADI..DALAM BLOG KG PULAU TIMBUL INI ADA PELBAGAI CERITA TENTANG KG PULAU TIMBUL.. MOGA DENGAN ADANYA BLOG INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA PENGGUNA DAN JUGAK ANAK@ KG PULAU TIMBUL